Lee Lam Thye Cadang Lesen PSV Pemandu Bas Riba Wanita Dibatalkan & Lesen Syarikat Digantung
Menurut Ahli MJKR, Tan Sri Lee Lam Thye tindakan tegas hendaklah dibuat kepada syarikat dan juga pemandu bas yang meriba wanita berkenaan untuk dijadikan sebagai pengajaran buat pengguna jalan raya lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, tular satu video memaparkan aksi berbahaya seorang pemandu bas ekpres yang meriba seorang wanita sewaktu sedang memandu.
Sewaktu insiden berlaku pemandu berkenaan dalam perjalanan dari Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Larkin Sentral, Johor Bahru.
Susulan daripada kejadian itu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memanggil pemandu berkenaan untuk merakamkan keterangan. Manakala pihak syarikat bas, Sri Maju Group memaklumkan pemandu terbabit telah ditamatkan perkhidmatan serta merta.
Polis turut mengesahkan pemandu bas tersebut telah berkahwin dan wanita yang diriba adalah kenalannya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Pemandu Bas Riba Wanita: Syarikat Bas Sri Maju Mohon Maaf & Berhentikan Pekerja Serta-Merta
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Polis Sahkan Pemandu Bas Ekspres Tular Suami Orang, Wanita Diriba Hanya Kenalan
Lee Lam Thye cadang lesen PSV pemandu bas dibatalkan manakala syarikat pula digantung
Ekoran daripada insiden yang berlaku, Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Tan Sri Lee Lam Thye telah menyarankan pihak berkuasa untuk membatalkan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) milik pemandu bas berkenaan.
Selain itu, beliau juga menyarankan lesen syarikat bas turut digantung. Katanya tindakan yang tegas hendaklah dilakukan ke atas syarikat serta pemandu berkenaan, perkara itu sebagai pengajaran buat pengguna jalan raya yang lain.
Bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang itu dalam masa sama turut menyokong secara total tindakan segera diambil oleh JPJ melalui Pengarah Kanan Penguat Kuasa ke atas aduan berhubung insiden yang viral di media sosial itu.
“Saya ingin mencadangkan agar tindakan pembatalan lesen PSV pemandu bas berkenaan dilakukan dan penggantungan lesen pengendali bas berkenaan diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
“Keselamatan jalan raya adalah amat penting memandangkan banyak kejadian yang berlaku sudah meragut banyak nyawa tidak berdosa,” ujarnya, lapor Berita Harian.
Gesa pihak penguat berkuasa tak berkompromi dengan pengguna jalan raya yang membuat kesalahan terbabit
Oleh itu, Lee menggesa semua pihak penguat kuas untuk tidak berkompromi dengan pelaku yang kesalahan selain memberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuat.
Beliau turut menyambut baik tindakan pantas dan tegas pihak JPJ membuka kertas siasatan serta mengarahkan pegawai penyiasat menyiapkannya dalam masa 48 jam.
“Saya juga menyarankan kepada semua penumpang bas, supaya mereka juga menjadi mata dan telinga JPJ dengan melaporkan kejadian seperti itu supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan bagi keselamatan penumpang dan jalan raya.”



