Demi Pendidikan Anak-anak Muar, Syed Saddiq Sumbang Gaji 2 Bulan RM50,000 Kepada SSPN
Menurut Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq lebih 3,500 unit komputer riba dan juga tablet turut diberikan kepada pelajar yang memerlukan dan ia usaha untuk memperkukuhkan pembelajaran digital.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Generasi atau anak muda merupakan aset yang sangat penting buat sesebuah negara. Ini kerana, mereka merupakan individu yang akan menjadi pemimpin di masa akan datang.
Oleh itu, adalah penting untuk ibu bapa serta pemimpin memastikan kita menghasilkan generasi muda yang berkualiti khususnya berilmu.
Yelah negara yang maju pastinya bermula dengan generasi yang hebat dengan pendidikan terbaik.
Syed Saddiq sumbang gaji 2 bulan RM50,000 untuk SSPN Muar
Terbaharu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah telah menyumbangkan sebanyak RM50,000 kepada Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Muar, Johor.
Menurut beliau, sumbangan tersebut bersamaan dengan dua bulan gajinya sebagai seorang Ahli Parlimen dan ia akan disalurkan pada minggu hadapan.
Sumbangan itu juga adalah sebagai usaha berterusan dalam memberikan bantuan bagi pendidikan anak-anak muda di Muar.
“Langkah ini dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif, termasuk usaha mendapatkan sumber tambahan, bagi memastikan kebajikan rakyat Muar terus terbela dan tidak dibiarkan menghadapi kesukaran secara bersendirian, khususnya dalam aspek pendidikan.
“Sebelum ini sebanyak RM100,000 telah disumbangkan kepada SSPN bagi membantu anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan di Muar,” jelasnya, lapor Sinar Harian.
Lebih 3,500 komputer riba & tablet juga diberikan kepada yang memerlukan
Bukan hanya itu, lebih daripada 3,500 unit komputer riba serta tablet juga diberikan kepada pelajar yang memerlukan.
Ianya sebagai usaha untuk memperkukuhkan pembelajaran digital.
Kata Syed Saddiq usaha dilakukan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan ke atas pembangunan pendidikan anak-anak di Muar.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.







