BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan 6 Tapak Warisan Dunia UNESCO Di Malaysia
Menurut BNM pengeluaran syiling peringatan bertemakan “Khazanah Malaysia kepada Dunia” ini adalah bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Jumaat lalu (10 April) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan akan mengeluaran enam syiling peringatan edisi terhad yang menampilkan Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia.
Menurut BNM pengeluaran syiling peringatan bertemakan “Khazanah Malaysia kepada Dunia” ini adalah bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Tambahnya lagi, bahagian hadapan setiap duit syiling peringatan ini akan memaparkan salah satu daripada enam Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia berserta tulisan “TAPAK WARISAN UNESCO MALAYSIA” dan nama tapak terlibat.
Manakala bahagian belakang bagi kesemua enam duit syiling memaparkan reka bentuk yang sama.
Nama “BANK NEGARA MALAYSIA” dipaparkan pada bahagian atas sebagai pihak berkuasa pengeluar diikuti paparan nilai muka “5 RINGGIT” pada bahagian tengah.
Reka bentuk ini turut memaparkan lambang berbentuk bulatan dengan siluet yang digayakan yang mewakili keenam-enam tapak tersebut. Juga disertakan peta Malaysia, dengan penandaan lokasi setiap tapak.

6 Tapak Warisan Dunia UNESCO yang ditampilkan untuk syiling edisi khas kali ini:
Taman Negara Gunung Mulu
Reka bentuk ini memaparkan formasi batu kapur Gunung Mulu di Sarawak. Ia merupakan mercu tanda taman negara yang terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti yang luar biasa dan landskap kars yang menakjubkan.
Taman Kinabalu
Reka bentuk ini menampilkan Gunung Kinabalu, teras utama Taman Kinabalu. Pada ketinggian 4,095 meter, ia merupakan puncak tertinggi antara Banjaran Himalaya dan New Guinea. Tapak ini penting bagi pemuliharan biodiversiti dan penyelidikan ekologi di Asia Tenggara.
Bandar Melaka and George Town
Reka bentuk ini memaparkan A Famosa dan Fort Cornwallis, dua mercu terkenal di Melaka dan George Town. Kedua-dua bandar ini merupakan bukti warisan hidup budaya Asia yang dibentuk melalui interaksi berabad-abad dengan pengaruh penjajahan Eropah.
Lembah Lenggong
Reka bentuk ini menonjolkan ‘Perak Man’, penemuan arkeologi ikonik dari Lembah Lenggong. Lembah Lenggong di Perak ialah tapak arkeologi penting yang menawarkan gambaran unik tentang tamadun awal manusia di Asia Tenggara, merangkumi Zaman Paleolitik dan Neolitik hingga Zaman Logam.
Kompleks Gua Niah
Reka bentuk ini menampilkan Kompleks Gua Niah di Sarawak. Tapak ini memberikan gambaran unik tentang kehidupan prasejarah dalam hutan hujan tropika. Penemuan arkeologi dan ciri semula jadi di dalam gua ini menunjukkan sejarah panjang interaksi manusia dengan alam sekitar, menjadikannya salah satu tapak prasejarah terpenting di Asia Tenggara.
Taman Rimba FRIM, Selangor
Reka bentuk ini memaparkan kanopi hutan hujan Taman Rimba Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Selangor. Dahulu merupakan kawasan lombong bijih timah yang terbiar, kawasan ini kini diiktiraf sebagai salah satu inisiatif perhutanan semula yang terawal dan paling berjaya di rantau ini.

Spesifikasi & Harga
Kesemua duit syiling peringatan ini ditempa menggunakan tembaga bersadur emas, seberat 28.65 gram setiap satu dengan nilai muka RM5. Jumlah tempaan adalah sebanyak 2,000 keping bagi setiap reka bentuk.
Harga bagi setiap satu duit syiling edisi khas ini RM110 sekeping.
Setiap reka bentuk akan dijual secara berasingan. Bagi memastikan peluang yang adil kepada orang ramai, pembelian dihadkan kepada dua (2) keping bagi setiap reka bentuk.

Menurut BNM lagi, orang ramai sudah boleh membuat pesanan melalui laman sesawang duit.bnm.gov.my dari 11 April 2026 hingga 9:00 pagi, 21 April 2026.
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I make music, read, and go camping whenever I get the chance.






