fbpx

Tular Pandu Bas Sambil Pangku Wanita, JPJ Sudah Rakam Keterangan Pemandu [Video]

Menurut Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, siasatan segera telah dijalankan sebaik video aksi pemandu bas berkenaan tular di media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (12 April), tular di media sosial video yang memaparkan aksi berbahaya seorang pemandu bas.

Menerusi perkongsian yang tular, pemandu bas berkenaan dilihat memangku seorang wanita ketika sedang memandu kenderaan tersebut.

Apa yang menjadi perhatian adalah wanita berkenaan dilihat memegang stereng sambil duduk di atas riba pemandu lelaki terbabit dalam keadaan bas yang sedang bergerak.

Berdasarkan hantaran tular, bas ekspres berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin Sentral, Johor Bahru, Johor.

Malah, seorang penumpang bas ekspres berkenaan mendakwa telah menegur kedua-dua mereka namun hanya mendapat respon negatif dari wanita itu.

Min. Saya dalam bas ini dari TBS. Bas ni menghala ke Larkin Central. Lepas kena tegur, girlfriend driver dah mula mencarut macam² kat saya. Sri Maju Ekspress APE9588 Kejadian hari ini 12/4/26 masa 2 pm.

Posted by Community Roda Johor – CRJ on Sunday 12 April 2026

Malah, rakaman dashcam turut tular memaparkan sebuah bas dipercayai bas yang sama menukar lorong dalam keadaan yang membahayakan.

Aksi itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mahu tindakan sewajarnya diambil kepada pemandu terbabit yang dilihat membahayakan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain.

JPJ Jalankan Siasatan, Rakam Keterangan Pemandu Bas

Terbaharu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan pihaknya telah mengenal pasti pemandu bas yang tular itu.

Menurut Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, siasatan segera telah dijalankan sebaik video berkenaan tular di media sosial.

“Pemandu terlibat serta syarikat bas telah dikenal pasti. Pemandu berkenaan telah dipanggil untuk dirakam keterangan pagi ini,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Tambah beliau, kertas siasatan berhubung insiden itu akan dirujuk kepada Ketua Pengarah JPJ bagi mendapatkan arahan lanjut sebaik siasatan selesai dijalankan.

Gesa Orang Ramai Tampil Beri Maklumat, Ingatkan Pengendali Kenderaan Komersial Patuhi

Pada masa yang sama, Muhammad Kifli turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menyalurkan maklumat tersebut di mana-mana pejabat JPJ berhampiran.

Malah, dia turut mengingatkan pengguna jalan raya khususnya pengendali kenderaan komersial agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

“Pemandu diingatkan untuk memberi tumpuan penuh semasa pemanduan, usah melakukan perkara yang boleh mengundang kemalangan jalan raya.

“Kepada pemilik syarikat, pastikan pemandu yang dipilih dan dilantik ialah pemandu kompeten, tiada kesalahan lalu lintas serta memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam bas untuk memantau pemandu dan tingkah laku penumpang.

“Ini penting bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya serta mengelakkan kejadian yang boleh mengancam nyawa,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Masalah Brek Lagi?” – Ramai Kecam Pemandu Bas Tular Bawa Laju & Langgar Lampu Merah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Baru Nak Pakai Kasut?” – JPJ Johor Saman Pemandu Bas Pandu Di Lorong Kanan Secara Berterusan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.