fbpx
Now Reading
Tiada Keperluan Hukuman Mati Di Bawah Akta APJ 1987 Bagi Kes Pemandu Mabuk – Anthony Loke

Tiada Keperluan Hukuman Mati Di Bawah Akta APJ 1987 Bagi Kes Pemandu Mabuk – Anthony Loke

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk mendakwa kesalahan serius dan pesalah masih boleh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika bersesuaian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kemalangan tragis melibatkan seorang penunggang motosikal, Amirul Hafiz bin Omar di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor pada 29 Mac lalu nyata mendapat perhatian ramai.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.40 pagi, mangsa maut akibat dirempuh oleh sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu oleh seorang pemandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular, mangsa maut dalam keadaan menyedihkan apabila dia dirempuh dan tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ekoran itu, ramai pihak termasuk pembangkang menggesa agar kerajaan mengkaji semula hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian: Pembangkang Desak Kerajaan Kaji Hukuman Mati

Tiada Keperluan Laksana Hukuman Mati Terhadap Pemandu Mabuk

Terbaharu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan tiada keperluan untuk memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi kes melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Ini kerana jelasnya undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk mendakwa kesalahan serius dan pesalah masih boleh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika bersesuaian.

Malah jelasnya, ia bukanlah satu perkara yang dipertimbangkan memandangkan hukuman mati mandatori kini telah dimansuhkan oleh kerajaan.

“Hukuman mati mandatori sudah pun dimansuhkan. Jadi ini bukan sesuatu yang sedang kita pertimbangkan,” katanya

Beri Tumpuan Pengukuhan Sokongan Kepada Keluarga Mangsa

Memetik Berita Harian, Anthony menjelaskan kerajaan kini sedang memfokuskan kepada pengukuhan Akta Pengangkutan Jalan bagi memastikan keluarga mangsa dapat menerima pampasan tanpa perlu melalui proses sivil yang panjang.

“Apa yang kita pinda adalah untuk memastikan ada pampasan kepada keluarga mangsa.

“Jika didapati bersalah, selain hukuman penjara dan denda, pesalah juga bertanggungjawab membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

“Kita mengemukakan cadangan ini kerana pada masa ini, saluran untuk keluarga mangsa adalah melalui tindakan sivil yang rumit, mengambil masa dan kos tinggi.

“Jadi, daripada mereka perlu mengambil tindakan sivil, kita boleh menambah peruntukan dalam undang-undang sedia ada supaya selain hukuman penjara, pesalah juga perlu membayar pampasan itu,” katanya.

Terang Anthony lagi, pindaan terhadap akta tersebut dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Jun depan.

“Kita dalam proses merangka pindaan ini bersama Jabatan Peguam Negara dan berharap dapat dibentangkan pada sidang Parlimen Jun ini,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan pihaknya kini sedang merancang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan.

Cadangan pindaan itu mewajibkan individu yang memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol perlu membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain dijatuhi hukuman penjara.

Kes pemandu mabuk di Malaysia bukan lagi isu terpencil sebaliknya ia terus berlaku sehingga mengakibatkan kematian…

Posted by BuzzKini on Monday 30 March 2026

Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Mabuk, Ramai Gesa Undang-undang Lebih Ketat

Baca Artikel Berkaitan: Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.