Mengaku Curi Seluar Dalam Pelajar Perempuan Usia 12 Tahun, Lelaki OKU Kena Denda RM1,500
Menerusi fakta kes, ibu mangsa telah terlihat lelaki yang tak dikenali mengambil seluar dalam milik anak perempuannya berusia 12 tahun yang disidai di ampaian luar rumah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui tindakan seperti mencuri merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang tidak kiralah barangan mahupun pakaian.
Apatah lagi jika seseorang itu mencuri barangan pakaian dalaman pastinya ia suatu perkara yang lebih mengerikan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Dicekup Curi Seluar Dalam Wanita
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bengang Kena Tegur Curi Seluar Dalam Wanita, Lelaki Ancam, Ugut Bunuh Anak Mangsa
Lelaki didenda RM1,500 selepas mengaku bersalah curi seluar dalam murid perempuan usia 12 tahun
Hari ini (13 April) Mahkamah Majistret Batu Pahat telah menjatuhi hukuman denda RM1,500 ke atas seorang lelaki terhadap pertuduhan mencuri seluar dalam milik pelajar perempuan yang disidai di ampaian pada 18 Mac yang lalu.
Hukuman itu diputuskan Majistret Arun Noval Dass ke atas Wong Yong Xin, 28, sebaik dia mengaku bersalah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Sekiranya gagal membayar denda, mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai kopi dipenjara selama tiga bulan.
Lelaki yang berstatus masih bujang itu kemudiannya membayar denda RM1,500 tersebut.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) intelektual itu didakwa mencuri seluar dalam pelajar perempuan yang berusia 12 tahun di sebuah kediaman di Taman Kota, Yong Peng. Insiden itu berlaku pada 11.30 pagi, 18 Mac yang lalu.
Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Ibu mangsa buat laporan lepas nampak lelaki curi seluar dalam anak di ampaian luar rumah
Memetik laporan Berita Harian, berdasarkan fakta kes ibu kepada pelajar perempuan itu telah terlihat seorang lelaki yang tidak dikenali mengambil seluar dalam milik anaknya yang disidai di ampaian luar rumah sebelum bertindak memasukkannya ke dalam beg.
Wanita berusia 54 tahun itu lalu tampil membuat laporan polis. Bertindak atas maklumat tersebut, polis lalu melakukan siasatan sebelum menahan tertuduh di depan sebuah kedai runcit untuk membantu siasatan.
Berdasarkan hasil siasatan, lelaki OKU itu mengaku mencuri seluar dalam murid perempuan tersebut dan gagal memberikan alasan yang munasabah mengenai penemuan seluar dalam tersebut darinya.
Ketika prosiding peguam, Noormaahani Rais dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) telah mewakili lelaki itu dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



