Tokong Tular Ada Kalimah Allah & Basmalah Telah Dirobohkan Pagi Tadi [Video]
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan, kesemua peralatan penyembahan dalam tokong tersebut telahpun selamat dikeluarkan sebelum operasi perobohan dijalankan bagi menjaga sensitiviti agama lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (9 April), media melaporkan penemuan sebuah rumah ibadat di Jalan Jeti Anjung Batu-Pantai Siring, Jasin, Melaka yang mempunyai kalimah Allah dan Bismillahirrahmanirrahim dalam tulisan Jawi.
Ia dipercayai disedari oleh sekumpulan pemancing yang kebetulan melalui kawasan tersebut sebelum memaklumkan penemuan itu kepada pihak berkuasa.
Ekoran itu, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman kemudiannya terus bergegas ke lokasi kejadian.
Malah, beliau memaklumkan tokong tersebut akan dirobohkan dengan segera oleh pemilik tanah dan operasi diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan serta pemantauan pihak berkaitan.
Baca Artikel Berkaitan: Tokong Tular Ada Kalimah Allah & Basmalah Akan Dirobohkan Petang Ini – EXCO Melaka
Operasi Perobohan Tokong Telah Selamat Dilaksanakan Pagi Tadi
Terbaharu, kerja-kerja merobohkan tokong tersebut telah dilaksanakan pada jam 10 pagi tadi dan berakhir 30 minit kemudian.
Menurut Zaidi, kesemua peralatan penyembahan dalam tokong tersebut telahpun selamat dikeluarkan sebelum operasi perobohan dijalankan.
Ia hasil persetujuan yang dicapai antara wakil pemilik tanah dan agensi terlibat semalam (9 April).
Jelasnya, proses mengeluarkan peralatan penyembahan itu amat penting bagi menghormati sensitiviti penganut agama lain.
“Seperti yang dijanjikan semalam, bahan-bahan suci bagi penganut agama lain perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum kita laksanakan proses perubahan.
“Hari ini kita dapat saksikan sendiri semua bahan sembahan suci telah pun dikeluarkan oleh pemilik tanah dan pemilik bangunan sebelum kerja-kerja merobohkan dilaksanakan,” katanya yang dipetik dari Kosmo.
Langkah Pengeluaran Bahan Suci Dapat Pengesahan Dari Pengerusi JPKK, Perubahan Tapak Dilakukan Kerana Tokong Tidak Berdaftar
Terangnya lagi, pihaknya turut mendapat pengesahan pengeluaran barang berkenaan daripada pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Seri Minyak selepas berhubung dengan pemilik terbabit.
“Apabila semua bahan suci telah dikeluarkan, maka proses perubahan tapak ini boleh dilaksanakan kerana ia bukan tokong berdaftar.
“Proses ini turut disaksikan wakil Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan ia berjalan mengikut tatacara yang ditetapkan,” ujarnya.
Dalam pada itu, bagi mengelakan isu sama dari berulang, beliau berharap agar garis panduan serta SOP berhubung tapak ibadat yang tidak sah dapat diperkemaskan.
Terangnya, pengalaman lalu yang mengiktiraf tapak ibadat bukan Islam yang sah boleh dijadikan sebagai rujukan bagi memastikan keharmonian masyarakat terpelihara.
Baca Artikel Berkaitan:



