Kerajaan Galakkan Rakyat Alih Kepada Skim Time Of Use (ToU) Supaya Elektrik Lebih Jimat
Menurut PETRA, skim ToU ini memberikan peluang kepada pengguna untuk menikmati arif elektrif pada kadar yang lebih rendah di waktu luar puncak berbanding waktu puncak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan konflik yang berlaku di Asia Barat memberikan pelbagai kesan kepada dunia.
Bukan sahaja dunia mengalami krisis minyak petrol, sebaliknya ia turut berkait dengan ekonomi di seluruh dunia.
Malah terdapat beberapa negara yang mengalami gangguan bekalan minyak petrol disebabkan Selat Hormuz yang ditutup. Meskipun Selat Hormuz telah pun dibuka selepas gencatan senjata namun ianya kembali ditutup tidak sampai 24 jam ekoran serangan Israel ke atas Lubnan.
Bahkan, rakyat di Malaysia juga diminta untuk sentiasa berjimat-cermat dan tidak melakukan perjalanan yang tidak perlu.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Staf TNB Kongsi Tips Kurangkan Bil Elektrik
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bil Api Tinggi? Lelaki Kongsi Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Elektrik Di Rumah [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ini Penambahbaikan Utama Di Bawah Tarif Elektrik Baharu Yang Bermula 1 Julai
Rakyat digalakkan beralih ke ToU untuk langkah penjimatan bil elektrik
Terbaharu, kerajaan turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk beralih ke Skim Time of Use (ToU). Perkara itu sebagai langkah praktikal dalam mengurus kos sara hidup menerusi penjimatan bil elektrik selain menyokong agenda kecekapan tenaga negara.
Menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam suasana ketidaktentuan harga tenaga global, pendekatan penggunaan tenaga secara lebih bijak adalah sangat penting.
Beri peluang kepada pengguna nikmati kadar tarif elektrik lebih rendah
Skim ini memberikan peluang kepada pengguna dalam menikmati kadar tarif elektrik yang lebih rendah di waktu luar puncak berbanding pada waktu puncak.
Ia secara tidak langsung dapat membantu untuk penjimatan menerusi perubahan corak penggunaan harian.
Secara amnya, di bawah Skim ToU:
- Waktu puncak (peak hours) membabitkan tempoh permintaan elektrik tinggi, lazimnya di waktu siang hingga malam (mulai jam 2 petang-10 malam di waktu bekerja), dengan kadar tarif yang lebih tinggi.
- Waktu luar puncak (off-peak hours) membabitkan tempoh permintaan yang lebih rendah seperti waktu malam hingga pagi, hujung minggu (Sabtu dan Ahad) serta cuti umum pada kadar tarif yang lebih rendah.
“Perbezaan kadar ini memberi insentif kepada pengguna untuk merancang penggunaan elektrik secara lebih efisien,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.
Pengguna dapat optimumkan penggunaan elektrik dengan mengalih aktiviti berintensiti
Selain itu menerusi skim ini pengguna juga boleh mengoptimumkan penggunaan elektrik dengan mengalihkan aktiviti berintensiti tenaga seperti penggunaan:
- Penyaman udara
- Mesin basuh
- Pemanas Air
- Pengecasan kenderaan elektrik ke waktu luar puncak
“Pendekatan ini bukan sahaja membantu mengurangkan bil elektrik, malah menyumbang kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan mampan.
“Sehingga Februari 2026, 12,868 pengguna sudah beralih kepada Skim ToU mencerminkan peningkatan kesedaran rakyat terhadap kepentingan penguruan tenaga yang lebih efisien.”
Skim ToU insiatif yang baik untuk bantu rakyat
Kerajaan turut melihat skim ini sebagai salah satu inisiatif yang penting untuk:
- Membantu rakyat mengawal dan mengurangkan perbelanjaan bil elektrik
- Menggalakkan penggunaan tenaga secara lebih cekpa
- Mengurangkan beban permintaan elektrik semasa waktu puncak
Selaras dengan perkara itu, PETRA menggalakkan orang ramai untuk mempertimbangkan migrasi ke skim ini untuk memanfaatkan struktur tarif yang lebih fleksibel, selain menjadikan penggunaan tenaga sebagai satu amalan harian yang lebih bijak.
“Kerajaan akan terus mempergiat usaha kesedaran agar manfaat penjimatan tenaga ini dapat dinikmati secara meluas oleh rakyat.
“Pendekatan ini seiiring dengan aspirasa Malaysia MADANI yang menekan kesejahteraan rakyat, kemampanan sumber serta kecekapan dalam tadbir urus, di mana penggunaan tenaga secara berhemah bukan sahaja membantu mengurangkan kos sara hidup, malah menyumbang kepada kemampanan alam sekitar dan pembangunan negara yang lebih seimbang untuk generasi masa hadapan,” katanya lagi.
Rujuk MYTNB untuk permohonan skim ToU
Menerusi semakan kami di laman MYTNB, terdapat langkah yang perlu diikuti untuk memohon skim berkenaan.
Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke Kedai Tenaga TNB untuk membuat permohonan secara manual.
