fbpx
Now Reading
Tular Penunggang Motosikal Lawan Arus Di Highway Karak Sebelum Bergesel Dengan Kereta [Video]

Tular Penunggang Motosikal Lawan Arus Di Highway Karak Sebelum Bergesel Dengan Kereta [Video]

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abang Kaderi Abang Wasali insiden berkenaan berlaku sekitar jam 2.30 petang pada 2 April lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini tular di Threads memaparkan sebuah motosikal yang dilihat melawan arus sewaktu berada di Lebuhraya Karak.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan, awalnya kelihatan kenderaan pemilik dashcam sempat mengelak sebaik menyedari kehadiran motosikal terbabit di hadapannya.

Namun pada rakaman dashcam bahagian belakang kelihatan motosikal yang laju kerana menurun bukit itu dilihat menggesel sebuah kereta berwarna putih yang ada di lorong kanan.

Dalam satu lagi video dashcam yang dikongsikan oleh kenderaan yang berada di belakang kereta putih turut menunjukkan penunggang motosikal menunggang dalam keadaan berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan pada pengguna lain.

View on Threads

Polis kesan penunggang motosikal melawan arus di Lebuhraya Karak

Terbaharu, polis sedang mengesan penungggang motosikal yang ditunggang melawan arus sehingga mengundang kemalangan kecil dengan kereta di Kilometer (KM) 34 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong, Pahang.

Jelas Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abang Kaderi Abang Wasali insiden itu berlaku sekitar jam 2.30 petang pada 2 April yang lepas melibatkan sebuah kereta jenama Volkswagen Golf serta motosikal.

Susulan itu, satu laporan berhubung insiden berkenaan telah diterima pihak polis pada jam 10.43 pada malam tadi (6 April).

“Mangsa lelaki tempatan berusia 34 tahun memandu kereta di lorong kanan sebelum sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan secara melawan arus bergesel dengan kenderaan itu.

“Motosikal berkenaan ditunggang seorang lelaki dan nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan,” ujarnya.

Pemandu kereta tak alami kecederaan, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Kata Abang Kaderi lagi, pemandu kereta itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan sewaktu insiden berlaku.

Penunggang motosikal itu walau bagaimanapun tidak berhenti di lokasi terbabit. Oleh itu, pihak polis kini sedang mengesan penunggang motosikal berkenaan.

“Usaha mengesan penunggang motosikal terbabit sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.