Lelaki Ditemukan Maut Dalam Stor Berkunci Di Fasiliti Sukan UPSI
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang memohon bantuan pihak polis untuk membuka pintu stor yang berkunci pada jam 1.57 pagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seorang lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terperangkap di dalam stor yang berkunci di fasiliti sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak awal pagi ini (7 April).
Allahyarham Mohd Radzi Ariffin, 53, ditemukan dalam stor peralatan pembersihan di UPSI Sport Bowl.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang memohon bantuan pihak polis untuk membuka pintu stor yang berkunci pada jam 1.57 pagi.
“Satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 9 kilometer dari balai dan tiba pada jam 2.07 pagi.
“Setibanya di lokasi, pintu tersebut didapati telah pun dibuka oleh pihak Polis Bantuan UPSI. Anggota bomba kemudiannya menjalankan operasi pemantauan di lokasi berkenaan,” katanya dipetik Harian Metro.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi terkawal pada jam 2.17 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 2.36 pagi,” tambahnya.
Naib Cancelor sahkan lelaki maut pekerja swasta, bukan kakitangan UPSI
Dalam pada itu, Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff mengesahkan lelaki berkenaan adalah pekerja sebuah syarikat swasta meskipun laporan sebelum ini menyebut mangsa yang meninggal dunia adalah kakitangan universiti berkenaan.
Menurut Dr. Md. Amin Allahyarham Mohd. Radzi adalah pekerja UPSI Sports Bowling yang beroperasi di universiti terbabit.
“Beliau disyaki mengalami serangan jantung dan proses bedah siasat sedang dilaksanakan di Hospital Slim River. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Bernam.
“Pihak syarikat akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian dan UPSI akan sentiasa memantau dan memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa,” katanya dipetik Kosmo.
UPSI dalam satu kenyataan turut memaklumkan akan membantu waris mangsa dalam pengurusan jenazah setelah proses bedah siasat selasai.
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.



