fbpx
Now Reading
Dakwaan Boleh Mohon Tambahan Kuota BUDI95 Adalah Palsu, Had 200 Liter Kekal – MOF

Dakwaan Boleh Mohon Tambahan Kuota BUDI95 Adalah Palsu, Had 200 Liter Kekal – MOF

Tegas MoF lagi, tungsi permohonan tambahan dalam portal BUD195 telah disalah tafsir sebagai ruang untuk memohon peningkatan had kelayakan secara bebas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kementerian Kewangan (MoF) sebentar tadi, 7 April menegaskan bahawa dakwaan mengenai permohonan umum bagi tambahan had subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah palsu dan sama sekali tidak berasas.

MoF menerusi satu kenyataan berkata, meskipun fungsi ini diwujudkan pada awal pelaksanaan BUDI95, namun ia bukan bertujuan untuk permohonan tambahan atas keperluan peribadi.

Sebaliknya fungsi ini bagi kes tertentu dengan keperluan operasi yang jelas dan disahkan, seperti pemandu e-hailing dan pemilik bot, tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan.

Fungsi permohonan tambahan disalah tafsir- MOF dan sudah dinyahfungsikan

Tegas MoF lagi, fungsi permohonan tambahan dalam portal BUDI95 telah disalah tafsir sebagai ruang untuk memohon peningkatan had kelayakan secara bebas. Susulan itu, butang permohonan ini telah dinyahfungsikan.

“Had kelayakan BUDI95 sebanyak 200 liter sebulan kekal berkuat kuasa bagi
memastikan subsidi disasarkan kepada majoriti rakyat serta bekalan kekal stabil.

“Langkah sementara ini diambil berikutan tekanan pasaran tenaga global yang berterusan, yang meningkatkan kos subsidi dan memerlukan pengurusan lebih berhemah.

“Data menunjukkan had 200 liter mencukupi bagi 90% pengguna BUDI95. Pada harga bersubsidi RM1.99 seliter, pengguna boleh membeli RON95 sehingga RM398 sebulan, dengan Kerajaan menanggung sekitar RM500 subsidi bagi setiap penerima.

“Kerajaan akan terus melindungi rakyat, memperkukuh penguatkuasaan bagi membendung ketirisan, serta memantau rapi pasaran tenaga global dan bersedia membuat penyesuaian sewajarnya,” kata MoF lagi.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas tular perkongsian orang ramai mengenai kaedah memohon tambahan had subsidi BUDI95 susulan luahan beberapa pengguna media sosial yang merasakan kuota terbaharu sebanyak 200 liter tidak mencukupi khususnya buat mereka yang bertugas dalam sektor yang tidak dapat bekerja dari rumah (WFH).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.