fbpx
Now Reading
Individu Boleh Dipenjara 3 Tahun Sekiranya Guna MyKad Orang Lain Untuk Beli Minyak Petrol RON95

Individu Boleh Dipenjara 3 Tahun Sekiranya Guna MyKad Orang Lain Untuk Beli Minyak Petrol RON95

Kata Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias kad pengenalan atau MyKad adalah dokumen pengenalan diri rasmi dan dokumen itu tidak boleh dimiliki atau diwakili sesiapa selain daripada pemilik yang sah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini polis telah bertindak menahan seorang lelaki di Kelantan selepas dia disyaki menggunakan empat kad pengenalan milik individu lain untuk membeli lebih 100 liter minyak petrol jenis RON95.

Lelaki tersebut ditahan di sebuah stesen minyak di Tumpat pada 1 April sewaktu dia sedang mengisi petrol.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Polis Tahan Lelaki Guna 4 MyKad Berbeza Beli Lebih 100 Liter Petrol

Boleh dipenjara 3 tahun guna kad pengenalan orang lain untuk beli minyak

Terbaharu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah memberikan amaran kepada orang ramai jangan menggunakan kad pengenalan individu lain, termasuklah ahli keluarga sendiri bagi membeli bahan api bersubsidi.

Tegasnya tindakan menggunakan kad pengenalan orang lain untuk membeli petrol adalah dilarang keras.

Jelas Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias kad pengenalan adalah dokumen pengenalan diri rasmi dan ia tidak boleh dimiliki mahupun diwakili oleh sesiapa pun selain daripada pemilik yang sah.

Guna MyKad orang lain adalah satu kesalahan

Menurut laporan Malaysiakini yang memetik New Straits Times, larangan berkenaan adalah selaras dengan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang menyatakan penggunaan mahupun pemilikan MyKad individu lain merupakan satu kesalahan.

Perkara itu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Bahkan jika sabit kesalahan mengikut peraturan berkenaan boleh dikenakan denda maksimum RM20,000, hukuman penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Perbuatan beri pinjam atau serahkan MyKad kepada orang lain boleh bawa padah

Tegas beliau lagi, semua urusan yang membabitkan pembelian bahan api perlu dibuat sendiri oleh pemegang kad masing-masing.

Ini kerana perbuatan memberi atau menyerahkan MyKad kepada individu lain boleh membawa padah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.