fbpx
Now Reading
Hanya Kerana Tegur Pemandu Alza Pandu Melulu, Penunggang Motosikal Ditendang & Dipukul [Video]

Hanya Kerana Tegur Pemandu Alza Pandu Melulu, Penunggang Motosikal Ditendang & Dipukul [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee, hasil siasatan awal mendapati pemandu Perodua Alza mengubah laluan secara tiba-tiba dan nyaris merempuh penunggang motosikal berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang pemandu kereta Perodua Alza menendang dan memukul seorang penunggang motosikal.

Menerusi rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang tular, kelihatan pemandu Alza terbabit secara tiba-tiba memberhentikan keretanya di sebuah bulatan berhampiran IOI Mall Kulai, Johor.

Dia kemudiannya keluar dari kenderaan dan terus menendang penunggang motosikal terbabit yang berada di sebelah kanannya beberapa kali serta menumbuk mangsa.

Menerusi video tular yang berasingan, kelihatan beberapa orang pengguna jalan raya lain turut berhenti dan meleraikan perbuatan pemandu kereta berkenaan.

Susulan itu, pemilik dashcam meminta orang ramai untuk mencari penunggang motosikal memandangkan dia mempunyai bukti yang boleh membantu mangsa.

Posted by Nor Fazzlan on Saturday 4 April 2026

Pemandu Kereta Berang Selepas Ditegur Pandu Secara Melulu

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang berlaku pada 3 April lalu jam 5.45 petang di kawasan bulatan lebuh Putra Utama Bandar Putra.

Menurut Tan, penunggang motosikal yang berusia 37 tahun itu sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Singapura.

Hasil siasatan awal mendapati pemandu Perodua Alza mengubah laluan secara tiba-tiba dan nyaris merempuh mangsa.

“Mangsa mengetuk cermin tingkap kenderaan suspek menyebabkan lelaki berkenaan tidak berpuas hati dan memberhentikan kenderaannya secara mengejut di tengah bulatan Lebuh Putra Utama di hadapan motosikal mangsa sehingga memaksanya berhenti secara mendadak.

“Seorang lelaki yang juga pemandu kenderaan itu kemudian turun dan terus menendang motosikal mangsa menyebabkannya terbalik.

“Mangsa turut dipukul di kepala dan badan dengan tangan oleh suspek sebelum beberapa pengguna jalan raya hadir membantu meleraikan pergaduhan,” katanya.

Pemandu Alza Ditahan Reman Selama 4 Hari

Jelas Tan, kes kini disiasat mengikut beberapa seksyen iaitu:

  • Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu.
  • Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
  • Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan
  • Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap motosikal berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, pada jam 11.30 malam semalam (4 April), sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menahan lelaki yang terbabit dalam kejadian itu di kediamannya di Senai.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bermula 5 hingga 8 April bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline di talian 07-6632222 atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Inspektor Teo Feng Shun di talian 017-7759106,” jelasnya lagi.

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KULAI KEJADIAN MEMANDU SECARA MELULU, MENDATANGKAN KECEDERAAN, UGUTAN DAN PERBUATAN KHIANAT TERHADAP MOTORSIKAL

Posted by Polis Daerah Kulai on Sunday 5 April 2026

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kenari Dipandu Melulu Hingga Langgar Beberapa Kenderaan Lain, Pemandu Rupanya Positif Dadah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Rider Turun Motor & Kata Padan Muka Pada Myvi Pandu Melulu Hingga Terbabas Raih Perhatian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.