fbpx
Now Reading
Polis Tahan Lelaki Guna 4 MyKad Berbeza Beli Lebih 100 Liter Petrol

Polis Tahan Lelaki Guna 4 MyKad Berbeza Beli Lebih 100 Liter Petrol

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum pasti mengetahui, untuk membeli minyak RON95 bersubsidi di bawah Program BUDI Madani RON95 (BUDI95), orang ramai perlu menggunakan MyKad sebagai pengesahan identiti.

Sistem ini direka agar inisiatif subsidi petrol bersasar oleh Kerajaan Malaysia ini lebih telus dan terkawal, menjadikan setiap liter minyak digunakan oleh mereka yang layak.

Malah kerajaan mengingatkan orang ramai untuk tidak menggunakan MyKad milik orang lain ataupun meminjamkan MyKad anda untuk tujuan pembelian BUDI95.

Memegang dan menggunakan MyKad orang lain juga merupakan kesalahan menurut Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Peraturan 25).

Lelaki ditahan ketika isi minyak di Tumpat, polis temui 4 kad pengenalan milik individu lain

Terbaharu seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggunakan kad pengenalan milik empat individu bagi membeli lebih 100 liter petrol RON95.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat lelaki terbabit ditahan ketika dia sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Tumpat pada Rabu (1 April).

“Ketika ditahan, polis menemui empat kad pengenalan milik individu berasingan dalam milikannya.

“Kad pengenalan (MyKad) itu digunakan untuk membeli lebih 100 liter petrol,” katanya dipetik Harian Metro.

Kes disiasat di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959, kes turut dirujuk kepada KPDN

Tambah beliau, kes itu telah dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Suspek juga turut disiasat mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959.

“Polis akan meneliti peruntukan undang-undang lain yang sesuai untuk diambil tindakan terhadap suspek,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya setakat ini belum ada mengesan kes membabitkan rakyat Malaysia yang membeli diesel di Thailand dan masuk ke Kelantan melalui laluan tidak sah.

“Belum ada rakyat Malaysia ditahan ketika cuba membawa masuk diesel dari seberang sempadan,” katanya selepas diminta mengulas mengenai perkara berkenaan.

Ini kerana harga diesel di negara gajah putih itu pada waktu ini adalah sekitar 38 baht (RM4.82) seliter, sekaligus menjadikannya lebih murah berbanding di Malaysia.

Sebagai info harga diesel di Semenanjung Malaysia naik 50 sen kepada RM6.02 seliter bagi tempoh 2 – 8 April 2026 manakala Sabah, Sarawak & Labuan terus kekal.

Harga petrol RON97 pula turun 20 sen kepada RM4.95 seliter, sementara petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada RM3.87 seliter bagi tempoh sama.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.