Polis Buru Lelaki Tular Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Di Stesen MRT Kajang
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, video tular lelaki didakwa melakukan gangguan seksual berdurasi 23 saat yang memaparkan kejadian berkenaan telah dikesan sejak semalam (2 April) jam 9 pagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan seorang lelaki yang didakwa melakukan gangguan seksual di Gate A Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kajang.
Menerusi hantaran tular di Threads, mangsa meminta orang ramai agar berhati-hati dengan lelaki berkenaan.
Ini kerana dia mendakwa individu terbabit telah menyentuh bahagian punggungnya ketika dia sedang duduk seorang diri berhampiran tangga di stesen MRT itu.
Dakwa mangsa, dia kemudiannya terus menoleh ke belakang dan mendapati lelaki terbabit sedang duduk mencangkung ke arahnya sebelum melarikan diri.
Menerusi hantaran itu juga, dapat dilihat rakaman video lelaki berbaju maroon itu berjalan terhuyung-hayang pergi meninggalkan kawasan berkenaan.
Hantaran itu nyata mendapat perhatian sehingga ramai yang mahu tindakan diambil terhadap lelaki berkenaan.
Malahan, terdapat pengguna media sosial lain yang mendakwa pernah diganggu lelaki tersebut.
View on Threads
Polis Jalankan Siasatan, Kesan Lelaki Didakwa Lakukan Gangguan Seksual
Terbaharu, polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kejadian gangguan seksual di Stesen MRT Kajang.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, video tular berdurasi 23 saat yang memaparkan kejadian berkenaan telah dikesan sejak semalam (2 April) jam 9 pagi.
Ekoran itu, pihaknya telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian serta melalui rakaman tular yang mendapati seorang lelaki didakwa melakukan gangguan terbabit.
“Tindakan mengesan dan menahan suspek sedang giat dijalankan untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan,” katanya.
Mohon Orang Ramai Tampil Beri Maklumat
Pada masa yang sama, Naazron meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Maklumat itu juga boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat, Sarjan Nor Atiqah Anuar di talian 013-7948922.
Nazron turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video kejadian yang boleh mengganggu ketenteraman atau menimbulkan kegusaran awam.
“Tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya lagi.
~KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KAJANG~ 02 April 2026 MAKLUMAN KES VIDEO TULAR DI APLIKASI THREADS GANGGUAN SEKSUAL DI KAWASAN MRT KAJANG.
Posted by Polis Daerah Kajang on Thursday 2 April 2026
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dituduh Rakam Video Punggung & Bahagian Badan Wanita
Baca Artikel Berkaitan: Rider Dedah Terima Gangguan Seksual Ketika Hantar Makanan Pelanggan [Video]



