Dikesan Guna Berus Bulu Babi, JAIM Tarik Semula Sijil Halal Kilang Kopi & Biskut Di Melaka
Jelas Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat keputusan analisis yang diterima pada Mac mengesahkan berus tersebut ada ciri fizikal bulu babi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pengiktirafan sijil halal ke atas sesebuah premis bukanlah suatu perkara yang mudah.
Sebaliknya semua aspek dalam premis daripada bahan masakan, jenis peralatan, cara penyimpanan, menu, kebersihan turut diambil kira.
Bahkan sebaik sahaja sesebuah premis atau produk itu mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) pihak berkuasa akan sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan pihak pengusaha mengikuti segala peraturan yang ditetapkan.
Sebarang tindakan yang bercanggah dengan ketetapan boleh menyebabkan premis atau perniagaan dilakukan dikenakan tindakan seperti penarikan semula sijil halal dan sebagainya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Guna Buffet Ramadan & Seumpamanya Jika Tiada Sijil Halal Malaysia – JHEAINS
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Berusaha Dapatkan Sijil Halal, Pengusaha Kecil Jual Keropok Lekor Ini Buat Ramai Kagum
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isu Sandwich Ham & Cheese: JAKIM Tepis Dakwaan Produk Ada Sijil Halal
Sijil halal kilang buat kopi dan biskut kena tarik sebab guna berus dipercayai daripada bulu babi
Terbaharu, sebuah kilang di Melaka yang memproses kopi serta biskut telah ditarik semula sijil halalnya.
Perkara itu diputuskan apabila kilang berkenaan didapati menggunakan berus dipercayai diperbuat daripada bulu babi dalam kerja-kerja pembersihatan peralatan.
Hal tersebut telah dikesan oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada Januari lalu, selepas pemeriksaan dilakukan pihaknya menemukan penggunaan berus berasaskan bulu haiwan di premis berkenaan.
Dihantar ke MyHAC untuk dianalisa, keputusan mengesahkan berus ada ciri fizikal bulu babi
Jelas pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berus tersebut disita sebelum ia dihantar ke Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) di Bandar Enstek, Nilai untuk pengesahan lanjut.
Katanya berdasarkan keputusan analisis yang diterima pada Mac turut mengesahkan berus berkenaan ada ciri fizikal bulu babi.
“Susulan itu, SPHM milik kilang berkenaan ditarik serta-merta.
“Kilang itu telah beroperasi lebih sedekad dan sebelum ini memiliki sijil halal yang sah dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” jelasnya, lapor Harian Metro.
Pihak premis bagi alasan tak tahu
Ulas Md Azhan lagi, pihak premis memberikan alasan ketidaktahuan dan perkara itu tidak boleh dijadikan sebagai justifikasi.
Beliau dalam masa sama turut mengatakan pemegang sijil halal hendaklah sentiasa memastikan mereka mematuhi sepenuhnya piawaian halal yang sudah ditetapkan, tapa sebagai kompromi dalam sebarang aspek operasi.
“JAIM akan terus memperhebatkan pemantauan terhadap premis yang memiliki sijil halal bagi menjamin keyakinan pengguna terhadap status halal produk di pasaran.”
Orang ramai disaran hati-hati dalam pilih makanan dan utama produk ada sijil halal
Katanya, orang ramai terutama umat Islam disarankan untuk berhati-hati dalam membuat pemilihan makanan dan mengutamakan produk yang memiliki pensijilan halal.
Perkara itu bagi memastikan ia memenuhi syarak dan juga standard kebersihan yang telah ditetapkan.



