fbpx
Now Reading
Anggota Tentera Cedera Parah Disyaki Dipukul Dalam Kem, Polis Tahan Koperal

Anggota Tentera Cedera Parah Disyaki Dipukul Dalam Kem, Polis Tahan Koperal

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar, kejadian dipercayai berlaku di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Bentong, Pahang pada 30 Mac lalu kira-kira jam 8 malam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seorang anggota tentera cedera parah dan tidak sedarkan diri akibat dipercayai akibat dipukul oleh anggota tentera berpangkat Koperal dalam kejadian yang berlaku di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Bentong, Pahang pada 30 Mac lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa yang berusia 49 tahun pada jam 8.45 pagi semalam (1 April).

Enam Anggota Lain Turut Jadi Mangsa

Jelas Zaiham, insiden berkenaan dipercayai berlaku pada 30 Mac lalu kira-kira jam 8 malam.

Apa yang menjadi perhatian adalah terdapat enam lagi anggota tentera lain yang turut menjadi mangsa.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan anggota tentera yang disyaki dipukul menjadi tujuh orang.

“Hasil siasatan awal mendapati seorang suspek iaitu anggota tentera berpangkat Koperal dipercayai terbabit dalam kejadian dengan memukul, menumbuk dan menendang mangsa di beberapa bahagian badan.

“Siasatan turut mendapati terdapat enam lagi mangsa berusia lingkungan 19 hingga 22 tahun berada bersama dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang Mangsa Masih Berada Di ICU, Perlu Alat Bantuan Pernafasan

Terang Zaiham lagi, salah seorang daripada mangsa yang berusia 24 tahun dilaporkan pengsan dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Mangsa kini masih tidak sedarkan diri dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Mangsa lain sudah dirujuk ke Hospital Bentong bagi tujuan pemeriksaan sekiranya terdapat sebarang kecederaan,” katanya.

Susulan itu, pihaknya telah menahan seorang anggota tentera berpangkat Koperal pada jam 2.30 petang semalam bagi membantu siasatan.

Anggota Tentera Pangkat Koperal Direman 4 Hari

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan suspek yang berusia 37 tahun itu kini direman selama empat hari bermula 1 April sehingga 4 April ini.

Pada masa yang sama, Zaiham turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Polis menjalankan siasatan terperinci terhadap kes itu,” katanya.

SIARAN MEDIA YDH SUPT. ZAIHAM MOHD KAHAR, KETUA POLIS DAERAH BENTONG. ‎ POLIS BENTONG MENGESAHKAN SATU KEJADIAN KES…

Posted by POLIS Bentong on Wednesday 1 April 2026

Baca Artikel Berkaitan: Anggota Tentera Maut Selepas Diarah Buat ‘Commando Rest’ & Tekan Tubi Sebelum Sahur

Baca Artikel Berkaitan: Polis Akan Siasat Dakwaan Anggota Tentera Maut Dipercayai Dibuli

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.