fbpx
Now Reading
MARA Ambil Dua Anak Mangsa Pemandu Mabuk Jadi Anak Angkat

MARA Ambil Dua Anak Mangsa Pemandu Mabuk Jadi Anak Angkat

Menurut Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, inisiatif tersebut merupakan rasa tanggungjawab dan prihatin pihaknya terhadap mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kemalangan tragis yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Raya Barat Klang pada 29 Mac lalu nyata mendapat perhatian ramai.

Manakan tidak, seorang penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar maut akibat dirempuh pemandu Honda City dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol serta dadah.  

Dalam kejadian menyayat hati itu, kereta Honda City telah masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh mangsa yang berada di lorong terbabit.

Akibat rempuhan itu, Allahyarham Amirul Hafiz Omar melambung sebelum jatuh ke atas sebuah kereta Perodua Myvi.

Mangsa yang maut di tempat kejadian pergi meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Manakala, pemandu Honda City yang berusia lingkungan 20-an kini direman selama empat hari bermula 30 Mac hingga 2 April.

Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Mabuk, Ramai Gesa Undang-undang Lebih Ketat

MARA Beli Elaun Bulanan Pendidikan

Prihatin dengan nasib yang menimpa anak-anak mangsa, Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menjadikan dua orang anak Allahyarham Amirul Hafiz sebagai anak angkat di bawah Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dua kanak-kanak tersebut Muhammad Aqif Amsyar dan Muhammad Afif Izz Rayqal yang masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun.

Jelas Dr Asyraf Wajdi, inisiatif tersebut merupakan rasa tanggungjawab dan prihatin Mara terhadap mangsa.

Ia bukan sekadar bantuan sementara sebaliknya komitmen jangka panjang dalam memastikan pendidikan kanak-kanak terbabit terbela.

“Bantuan elaun bulanan sebanyak RM120 seorang akan disalurkan di peringkat sekolah rendah dan ditingkatkan kepada RM150 apabila mereka melangkah ke sekolah menengah, disertai pemantauan berterusan sehingga mereka menamatkan persekolahan,” katanya. 

Pada masa yang sama, Dr Asyraf Wajdi turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohammad Daud Mohd Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Faisalludin Mohamat Yusuff kerana mewakilinya untuk menziarah dan menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Titip Kata-Kata Semangat Buat Anak Mangsa

Dr Asyraf Wajdi turut menitipkan kata-kata semangat buat dua orang anak mangsa agar terus kuat serta tabah dan belajar bersungguh-sungguh.

“Insya-ALLAH, Mara akan sentiasa bersama kalian dalam membina masa depan yang lebih baik.

“Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas arwah dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Jelas Dr Asyraf Wajdi yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO itu, tragedi berkenaan bukan sahaja meragut nyawa seorang bapa namun meninggalkan luka yang mendalam kepada ahli keluarga.

Beliau turut membuat panggilan video bersama ibu kepada Allahyarham Amirul Hafiz, Faridah Ahmad ketika balu mangsa keluar menyelesaikan beberapa urusan.

“Dalam nada penuh sebak, beliau berkongsi bahawa arwah adalah seorang anak yang baik dan sentiasa berusaha membahagiakan keluarga. 

“Kehilangan ini bukan sekadar kehilangan seorang insan tetapi hilangnya tempat bergantung buat anak-anak yang masih kecil,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Mabuk, Ramai Gesa Undang-undang Lebih Ketat

Baca Artikel Berkaitan: Kes Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian: Pembangkang Desak Kerajaan Kaji Hukuman Mati

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Range Rover Mabuk Rempuh MPV Di Kajang, 6 Individu Cedera [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.