Malaysia Perlu Bersedia Kemungkinan Peningkatan Kos Bahan Api Untuk Jana Elektrik – Suruhanjaya Tenaga

CEO Suruhanjaya Tenaga Siti Safinah Salleh berkata, situasi geopolitik yang berterusan di Asia Barat kini memberi tekanan kepada harga bahan api, sekali gus memberi kesan kepada kos penjanaan tenaga elektrik negara.