Kerajaan Negeri Melaka Siasat Hantaran ‘Jodoh Lebaran’ 2 Lelaki, Didakwa Promosi LGBT
Menurut EXCO Melaka, Datuk Rahmad Mariman, hantaran di platform media sosial, Threads itu dipercayai berlaku di Kampung Batu Gajah, Merlimau namun beliau masih meneliti kesahihan maklumat berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini jelas terasa apabila ramai yang tidak melepaskan peluang memuat naik gambar serta momen indah bersama keluarga di media sosial.
Namun dalam kemeriahan itu, tular hantaran Threads seorang lelaki bersama seorang lagi lelaki lain yang menjadi bualan ramai.
Manakan tidak, hantaran tersebut berserta kapsyen ‘Jodoh lebaran dah tiba, Alhamdulillah’ nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Apatah lagi, ia turut disertakan dengan imej yang kurang senang dengan memaparkan aksi mesra di antara dua orang lelaki berkenaan yang berpakaian sedondon berwarna merah jambu.
Malah, hantaran tersebut turut menyebut lokasi foto di Kampung Batu Gajah, Merlimau, Melaka.
Menerusi hantaran itu, kedua-dua mereka saling bersalaman malah berpelukan antara satu sama lain.

Kapsyen Jodoh Lebaran sebelum ini menjadi trending di media sosial disebabkan populariti lagu raya terbaharu oleh Aisha Retno yang menggunakan tajuk sama.
Perkongsian itu nyata mendapat perhatian hingga ada segelintir pengguna media sosial menganggap hantaran itu dilihat seolah-olah mempromosikan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau hubungan sejenis.
Kerajaan Negeri Melaka Jalankan Siasatan Menyeluruh
Terbaharu, kerajaan negeri Melaka akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung hantaran berkenaan yang tular semasa Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Menurut EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, pihaknya telah menerima laporan berhubung hantaran terbabit.
Malah, semakan lanjut termasuk pengesahan lokasi sebenar kejadian sedang giat dijalankan
Jelasnya, hantaran di platform media sosial, Threads itu dipercayai berlaku di Kampung Batu Gajah, Merlimau namun masih meneliti kesahihan maklumat berkenaan.
“Siasatan akan dilakukan segera bagi memastikan kesahihan perkara itu termasuk lokasi kejadian sekiranya benar berlaku.
“Kita tidak mahu membuat sebarang kesimpulan awal, sebaliknya memberikan ruang kepada proses siasatan yang teliti dan menyeluruh,” katanya.
Siasatan Dijalankan Mengikut Undang-Undang Sedia Ada
Terang Rahmad lagi, siasatan yang akan dijalankan turut melibatkan penelitian dari sudut perundangan.
Ia bagi menentukan sama ada terdapat perlanggaran undang-undang serta tindakan yang boleh dikenakan kepada individu terlibat.
“Apa juga tindakan akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan dan peruntukan undang-undang sedia ada,” terangnya lagi.
Memetik Kosmo, hantaran asal di platform tersebut bagaimanapun telah dipadam, dipercayai ekoran tular dan mendapat perhatian netizen serta pihak berkuasa agama negeri.
Baca Artikel Berkaitan: Dikritik Keluar Kenyataan Stres Kerja Antara Punca Terjebak LGBT, Ini Respon Menteri Agama
Baca Artikel Berkaitan: Bawa Sepanduk Tunjuk Perasaan, Menteri Agama Dedah Tindakan Promosi LGBTQ Tak Diterima Di Negara Ini



