fbpx
Now Reading
Cadangan Kerajaan Untuk Penjawat Awam WFH Tidak Babitkan Sektor Pendidikan & Kesihatan

Cadangan Kerajaan Untuk Penjawat Awam WFH Tidak Babitkan Sektor Pendidikan & Kesihatan

Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil dua sektor berkenaan tidak terlibat buat masa ini kerana ia bersifat barisan hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini kerajaan sedang meneliti cadangan agar penjawat awam bekerja dari rumah (BDR) atau turut dikenali Work From Home (WFH).

Cadangan itu adalah untuk memastikan kesinambungan operasi kerajaan dalam berdepan kesan ekoran konflik geopolitik.

Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz bagi membuat penelitian berhubung cadangan terbabit, lapor Harian Metro.

Cadangan kerja dari rumah tak libatkan sektor pendidikan dan kesihatan

Terbaharu, Fahmi memaklumkan cadangan terbabit buat masa ini tidak melibatkan dua sektor iaitu:

  • Pendidikan
  • Kesihatan

Ini kerana, jelasnya dua sektor tersebut bersifat barisan hadapan.

“(Cadangan bekerja dari rumah) waktu ini tidak (membabitkan sektor pendidikan dan kesihatan).

“Tidak membabitkan dua sektor berkenaan yang bersifat ‘frontline’ (barisan hadapan),” jelasnya, lapor Kosmo.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menjelaskan perkara itu sewaktu ditanya sama ada cadangan penjawat awam BDR melibatkan sektor pendidikan dan kesihatan.

PM minta beberapa perkara disusuli dengan rapi

Dalam masa sama, Fahmi turut memaklumkan Jemaah Menteri juga telah menerima laporan awal mengenai cadangan terbabit dari KSN, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

“Perdana Menteri minta supaya beberapa perkara disusuli dengan lebih rapi dan dibentangkan untuk dibuat keputusan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan datang, akan dibuat selepas sambutan Aidilfitri.

“Ini yang menjadi keutamaan, semestinya adalah sektor-sektor bukan kritikal dan Perdana Menteri meminta supaya KSN membentangkan dengan lebih penuh dalam mesyuarat MTEN akan datang.”

Penyelarasan untuk bekerja dari rumah perlu dilakukan di peringkat penjawat awam dulu kerana jumlah besar

Ketika ditanya adakah cadangan BDR akan diperluaskan kepada sektor swasta, Fahmi menjelaskan memang ada sektor swasta yang mengambil inisiatif bekerja dari rumah sejak dari pandemik sebelum ini.

“Bagi pihak kerajaan, memandangkan jumlah penjawat awam adalah jumlah yang besar dan signifikan, maka pada waktu ini penyelarasan itu perlu dilakukan di peringkat penjawat awam dahulu.

“Tapi tidak menghalang sektor swasta daripada melaksanakan sekiranya mereka merasakan ada keperluan pada waktu ini,” ujarnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.