Now Reading
Dilihat Iringi Arun Dorasamy Di Mahkamah, UMNO Serta AMK & Pemuda Amanah Selar Kulasegaran

Dilihat Iringi Arun Dorasamy Di Mahkamah, UMNO Serta AMK & Pemuda Amanah Selar Kulasegaran

Ketua Penerangan PAS juga tidak terkecuali apabila turut menyindir tindakan Ahli Parlimen Ipoh Barat itu seolah-olah mempunyai masa lapang untuk mengiringi individu yang didakwa ke mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kelibat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran di luar Mahkamah Majistret Jawi bersama aktivis Arun Dorasamy yang dihadapkan atas pertuduhan membuat kenyataan dengan niat menyebabkan kegentaran awam di media sosial mencetuskan persoalan ramai.

Malah ia menyebabkan rakan-rakan dalam kerajaan Madani seperti UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Amanah menyelar tindakan ahli Parlimen DAP itu.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Takiri dalam satu kenyataan ringkas meminta Kulasegaran agar meletakkan jawatan.

“Timbalan Menteri Undang-undang daripada DAP. Sila letak jawatan,” kata Khairuddin.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemerkasaan Agama PKR Amidi Abdul Manan menyifatkan kehadiran Kulasegaran walaupun atas kapasiti peribadi, boleh mengundang pelbagai tafsiran dan menjejaskan persepsi awam terhadap kerajaan memandangkan statusnya sebagai timbalan menteri.

Amanah & Pas turut kritik Kulasegaran

Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda turut menzahirkan pendapat yang senada dan merasakan tindakan itu merupakan satu bentuk sabotaj terhadap kerajaan Madani.

PAS juga tidak terkecuali apabila Ketua Penerangan parti, Ahmad Fadhli Shaari turut menyindir tindakan Ahli Parlimen Ipoh Barat itu.

Malah beliau secara sinis berkata Kulasegaran mempunyai banyak masa lapang sehingga boleh mengiringi individu yang didakwa ke mahkamah.

Hanya bertemu di luar mahkamah

Pun begitu Kulasegaran menafikan beliau berada dalam mahkamah ketika prosiding Arun Dorasamy sebaliknya mereka hanya bertemu secara ringkas di luar mahkamah.

Menurut Kula, beliau dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang dan singgah di sana untuk bertemu Arun untuk memberi kata-kata semangat supaya dia mempercayai proses perundangan yang bakal dihadapinya.

“Saya mengenali Arun sejak saya mewakili Indira Gandhi dalam cabaran undang-undang berkaitan anak-anaknya.

“Saya ingin menjelaskan hanya bertemu Arun secara ringkas di sekitar kawasan kompleks mahkamah sebelum beredar. Saya tidak berada dalam bilik mahkamah ketika pertuduhan dibacakan dan prosiding dijalankan,” kata Kula dalam satu kenyatan dipetik Berita Harian.

Terdahulu Arun atau nama sebenarnya Arumugam Dorasamy mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membuat kenyataan menyebabkan kegentaran awam pada tahun lalu.

Namun kehadiran Kula bersama Arun mencetuskan persoalan peguam, Muhammad Hariz Md Yusof  yang mewakili seorang lagi aktivis, Zamri Vinoth yang turut dituduh di bawah akta sama.

Dedah Hariz, Zamri dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari serta dikawal rapi oleh polis manakala Arun tidak digari, tiada pengiring polis selain turut diiringi Kulasegaran.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.