fbpx
Now Reading
Timbalan CEO SSM Didakwa Terima Suapan Buat Kali Kedua

Timbalan CEO SSM Didakwa Terima Suapan Buat Kali Kedua

Tertuduh yang dikenali sebagai Khuzairi Yahaya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM13,000 daripada seorang usahawan teknologi (teknoproneur) pada lapan tahun yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (12 Mac), media melaporkan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengaku tidak bersalah selepas didakwa menerima wang tunai RM50,000 daripada anak Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Tertuduh yang dikenali sebagai Khuzairi Yahaya dan merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pendaftaran & Perkhidmatan Perniagaan) SSM membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Berdasarkan pertuduhan, Khuzairi yang merupakan penjawat awam didakwa menerima untuk diri sendiri suatu benda berharga dengan tiada balasan iaitu wang tunai berjumlah RM50,000.

Wang tersebut diterima daripada Muhammad Faisal Hamzah yang didakwa mempunyai hubungan serta urusan rasmi di Ibu Pejabat SSM@Sentral pada Mei 2018.

Timbalan CEO SSM Didakwa Buat Kali Kedua, Terima Suapan RM13,000

Terbaharu, Khuzairi Yahaya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM13,000 daripada seorang usahawan teknologi pada lapan tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, tertuduh sekali lagi mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Mengikut pertuduhan, Khuzairi didakwa menerima untuk dirinya suatu benda berharga tanpa balasan.

Ia merujuk kepada wang tunai yang diterima oleh tertuduh berjumlah RM8,000, RM2,000 dan RM3,000 daripada Ketua Pegawai Eksekutif Big Dataworks Sdn Bhd, Sheriza Zakaria.

Terima Suapan Di Tiga Lokasi Berbeza

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di beberapa lokasi sekitar Julai 2017 sehingga Jun 2018.

Antara lokasi terbabit adalah;

  • Sebuah restoran yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya
  • Sebuah hospital di Kota Damansara, Petaling Jaya
  • Sebuah restoran makanan segera di Mutiara Damansara, Petaling Jaya

Tertuduh yang diwakili peguam bela, Azamuddin Abd Aziz didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan [Akta 574].

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Mohon Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

Ketika prosiding berlangsung, Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ia bertujuan agar kes tersebut dibicarakan bersama pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh semalam (12 Mac).

“Kami juga memohon supaya jumlah jaminan sama seperti yang ditetapkan di Kuala Lumpur turut diguna pakai bagi kes ini,” katanya.

Hakim Awang Kerisnada kemudiannya membenarkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan 20 April sebagai sebutan semula kes.

Baca Artikel Berkaitan: Bekas KP Perisikan Pertahanan ATM Didakwa Atas 3 Tuduhan Rasuah, Mengaku Tidak Bersalah

Baca Artikel Berkaitan: Ini Senarai Kes Rasuah Didakwa Libatkan Anggota ATM Sejak Ogos Tahun Lalu

Baca Artikel Berkaitan: Indeks Persepsi Rasuah Negara Melonjak Ke Kedudukan 54 Pada 2025 – PMX

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.