fbpx
Now Reading
Guna Pas Pelancong Tapi Kerja Di Kilang & Restoran, Imigresen Tahan 9,497 Warga Asing

Guna Pas Pelancong Tapi Kerja Di Kilang & Restoran, Imigresen Tahan 9,497 Warga Asing

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban kebanyakan yang ditahan didapati menyalahgunakan kemudahan pas yang diberikan terutama membabitkan Pas Lawatan Kerja Sementara dan Pas Lawatan Sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui setiap warga asing yang memasuki ke Malaysia untuk bekerja perlulah mendapatkan permit yang sah.

Manakala mereka yang berkunjung ke negara ini menggunakan pas pelancong pula perlu mengikuti syarat yang ditetapkan dan tidak tinggal melebihi masa.

Mana-mana pihak yang bertindak melanggar peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Imigresen tahan 9,497 warga asing

Terbaharu pihak Jabatan Imigresen telah bertindak menahan 9,497 warga asing kerana menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial yang masuk sebagai pelancong ke Malaysia.

Jelas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban penahanan tersebut dilakukan bermula 1 Januari sehingga Isnin (9 Mac) melalui 2,618 operasi yang dibuat di seluruh negara.

Kata beliau, rata-rata warga asing terbabit bekerja di restoran serta kilang. Antara lima warganegara tertinggi yang ditahan kerana melanggar syarat pas adalah:

  • Bangladesh: 532
  • Thailand: 248
  • Indonesia: 111
  • China: 86
  • Pakistan: 51

Daripada 1,158 yang ditangkap ini seramai 482 individu ditangkap kerana menyalahguna Pas Lawatan Sosial membabitkan:

  • 235 warga Thailand
  • 83 orang daripada Bangladesh
  • 62 daripada China
  • 62 warga Indonesia
  • 13 orang dari pakistan dan lain-lain seramai 27 orang.

“Siasatan awal mendapati sebahagian daripada mereka terlibat secara aktif dalam pengurusan dan pengendalian premis perniagaan tanpa kebenaran yang sah,” jelasnya, lapor Kosmo.

Kebanyakan ditahan salah guna Pas Lawatan Kerja Sementara dan Pas Lawatan Sosial

Ulasnya lagi, daripada jumlah yang ditahan itu seramai 1,158 orang ditangkap atas kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas.

“Kebanyakan daripada mereka didapati menyalahgunakan kemudahan pas yang diberikan, khususnya melibatkan Pas Lawatan Kerja Sementara dan Pas Lawatan Sosial bagi tujuan menjalankan aktiviti yang tidak selaras dengan syarat pas yang dikeluarkan.

“Perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat-syarat pas yang telah ditetapkan.”

Tidak akan berkompromi dengan pihak yang salah gunakan kemudahan imigresen

Menurut beliau, tindakan penguatkuasaan bakal terus ditingkatkan serta tidak akan berkompromi dengan warga asing yang menyalahgunakan kemudahan imigresen di Malaysia.

“Individu yang didapati melanggar undang-undang imigresen boleh dikenakan tindakan termasuk penahanan, pendakwaan serta pengusiran dari Malaysia.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti warga asing yang menjalankan perniagaan secara tidak sah digalakkan untuk menyalurkan maklumat kepada Jabatan Imigresen bagi membantu usaha penguatkuasaan yang lebih berkesan,” ujarnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.