fbpx
Now Reading
Bayi 4 Bulan Maut Di Taska: 2 Pekerja Belum Mengikuti Kursus KAP – Exco Pulau Pinang

Bayi 4 Bulan Maut Di Taska: 2 Pekerja Belum Mengikuti Kursus KAP – Exco Pulau Pinang

Menurut Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim, dua pekerja taska yang kini direman didapati berkhidmat di pusat asuhan tersebut kurang daripada setahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial kejadian tragis melibatkan bayi lelaki berusia empat bulan yang dipercayai meninggal dunia sewaktu berada di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Mangsa yang dikenali sebagai Hayl Haarith Mohd Syafaeez kemudiannya dibawa ke Jabatan Kecemasan HSJ dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia setelah doktor melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa selama sejam.

Ekoran itu, dua pekerja pusat asuhan tersebut ditahan reman selama tujuh hari bermula 10 Mac.

Dua Pekerja Taska Tidak Ikuti KAP, Taska Berdaftar Dengan JKM

Terbaharu, dua pekerja taska yang direman bagi membantu siasatan didapati masih belum mengikuti Kursus Asuhan Permata (KAP).

Mereka yang masing-masing berusia sekitar 20-an juga didapati berkhidmat di pusat jagaan tersebut kurang daripada setahun.

Menurut EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim, taska tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta mematuhi nisbah bilangan pengasuh dan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

“Hasil semakan mendapati pusat jagaan itu beroperasi secara sah dan mematuhi syarat pendaftaran ditetapkan termasuk sistem National Integrated System of Childcare (NISPA) namun dua penjaga itu tidak mengikuti KAP.

“Saya difahamkan taska itu juga tidak melebihi kapasiti dan semua kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah merupakan anak kepada kakitangan Hospital Seberang Jaya,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Difahamkan, taska yang mempunyai 44 anak asuhan termasuk mangsa itu mampu memuatkan seramai 56 kanak-kanak.

Seorang daripada pekerja taska itu baru bekerja pada September 2025 manakala seorang lagi pada bulan Mei tahun yang sama.

Terang Lim lagi, taska terbabit tidak pernah mendapat laporan melibatkan kes pengabaian anak asuhan atau seumpamanya.

Mohon Pengusaha Semak Latar Belakang Pekerja

Pada masa yang sama, Lim menasihati pengusaha taska agar membuat semakan latar belakang dengan teliti terlebih dahulu sebelum membuat pengambilan pekerja.

Selain itu, pengusaha juga perlu memastikan latihan sewajarnya diberikan sebelum seseorang itu ditugaskan menjaga kanak-kanak, warga emas atau Orang Kurang Upaya (OKU).

Terdahulu, JKM turut mengarahkan taska berkenaan ditutup buat sementara susulan kejadian berkenaan.

Jelas JKM, siasatan awal dijalankan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) serta pemeriksaan pematuhan pusat jagaan terbabit di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308).

Baca Artikel Berkaitan: Bayi 6 Bulan Maut, Dipercayai Lemas Dalam Selimut Ketika Di Rumah Pengasuh

Baca Artikel Berkaitan: Baru Hari Pertama Dihantar, Bayi 6 Bulan Cedera Didakwa Digigit Anak Pengasuh

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.