fbpx
Now Reading
Penjawat Awam Antara 8 Yang Ditahan JAIPk Kerana Tak Puasa Dalam Pusat Snuker

Penjawat Awam Antara 8 Yang Ditahan JAIPk Kerana Tak Puasa Dalam Pusat Snuker

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIPk, Asyraf Ismail dalam serbuan di pusat snuker berkenaan didapati ada individu yang makan, minum dan menghisap rokok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Berpuasa merupakan ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh setiap umat Islam khususnya buat mereka yang sudah akil baligh, waras serta sihat.

Meskipun begitu terdapat kelonggaran buat segelintir golongan untuk tidak berpuasa seperti mempunyai masalah kesihatan, ibu mengandung yang bimbang pada bayi dalam kandungan dan banyak lagi.

Namun ia bukan alasan untuk mereka yang berkemampuan dengan sengaja tidak menunaikan ibadah berpuasa dan perbuatan itu berdosa.

JAIPk tahan 8 individu termasuk seorang penjawat awam kerana tak puasa dan buat kesalahan lain

Baru-baru ini, pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah bertindak menahan lapan orang lelaki beragama Islam dalam serbuan Ops Ponteng di sebuah pusat snuker di pusat bandar raya pada 10 Mac selepas disyaki tidak berpuasa dan melakukan kesalahan lain dalam bulan Ramadan.

Salah seorang daripada lapan yang ditahan merupakan seorang penjawat awam.

Jelas Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIPk, Asyraf Ismail operasi tersebut dilakukan apabila JAIPk membuat risikan sekitar seminggu di premis tersebut.

Pusat snuker sering dikunjungi individu beragama Islam untuk makan dan minum secara terbuka

Ujar Asyraf, hasil daripada risikan yang dilakukan mendapati lokasi terbabit sering dijadikan tempat untuk mereka yang beragama Islam datang makan serta minum secara terbuka di waktu siang sepanjang Ramadan berlangsung.

“Dalam serbuan hari ini, kita dapati ada individu yang makan, minum serta menghisap rokok di dalam premis berkenaan.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 36 hingga 59 tahun dan salah seorang daripadanya ialah kakitangan kerajaan,” jelasnya, lapor Sinar Harian.

Susulan itu, lima daripada yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 24 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana tidak menghormati Ramadan.

Manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 26 Enakmen sama ekoran berjudi. Dua lagi individu disiasat di bawah Seksyen 61 kerana bersubahat dalam kesalahan berjudi serta tidak menghormati bulan mulia itu.

Mi goreng dibekalkan oleh kedai berdekatan dan diberi kepada individu di premis

Menurut beliau lagi, hasil daripada pemeriksaan yang dibuat juga mendapati makanan seperti mi goreng dipercayai telah dibekalkan oleh sebuah kedai berdekatan.

Makanan itu kemudiannya diberikan kepada individu yang berada dalam premis pusat snuker berkenaan.

Lapan individu yang ditahan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIPk bagi siasatan lanjut.

Perkara itu dilakukan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil termasuklah pengeluaran bon dari pihak penguat kuasa.

Bagi alasan tak sihat dan sekadar singgah ke pusat snuker

Berkongsi mengenai alasan yang diberikan oleh individu yang ditahan, Asyraf memaklumkan kebanyakan mereka memberi alasan biasa contohnya tidak sihat, atau sekadar singgah ke premis terbabit.

Beliau turut memaklumkan operasi yang dilakukan adalah serbuan pertama di premis tersebut pada tahun ini, manakala serbuan terakhir telah dilakukan pada beberapa tahun yang lalu.

Menurutnya lagi, sepanjang bulan mulia ini JAIPk telah bertindak meningkatkan lagi kekerapan operasi dengan memberikan tumpuan kepada tiga kesalahan utama seperti:

  • Tidak menghormati Ramadan mengikut Seksyen 24
  • Kesalahan berjudi di bawah Seksyen 26
  • Kutipan khairat tanpa kebenaran majlis mengikut Seksyen 43 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.