Now Reading
MFL Tunggu Keputusan AFC Bagi Kes Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan Harimau Malaya

MFL Tunggu Keputusan AFC Bagi Kes Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan Harimau Malaya

Terdahulu, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengekalkan penggantungan 12 bulan ke atas tujuh pemain, namun ianya diringankan dan hanya terpakai untuk perlawanan rasmi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tujuh pemain skuad Harimau Malaya dikenakan penggantungan selama 12 bulan susulan dakwaan pemalsuan dokumen kelahiran dan susur galur keluarga.

Kesemua pemain warisan yang terlibat ialah:

  • Facundo Garces
  • Rodrigo Holgado
  • Imanol Machuca
  • Joao Figueiredo
  • Gabriel Palmero
  • Jon Irazabal
  • Hector Hevel

Dalam masa sama, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta) dengan setiap pemain terlibat didenda CHF2,000 (RM10,000) masing-masing.

FAM kemudian membawa perkara berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan membuat rayuan agar hukuman dikurangkan.

Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Kemuka Dokumen Palsu, FIFA Denda FAM & 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan

Baca Artikel Berkaitan: FIFA Tolak Rayuan FAM, Kekal Hukuman Denda & ‘Gantung’ 7 Pemain

Baca Artikel Berkaitan: CAS Benarkan 7 Pemain Harimau Malaysia Beraksi – FAM

Penggantungan Pemain Selama 12 Bulan & Denda RM1.8 Juta Dikekalkan

Pun begitu pada 5 Mac lalu, CAS menolak rayuan FAM namun sebahagiannya menerima rayuan tujuh pemain terlibat atas hukuman yang dikenakan oleh FIFA berhubung pemalsuan dokumen.

Keputusan operasi yang dikeluarkan oleh CAS tanpa alasan terperinci menyaksikan penggantungan 12 bulan ke atas tujuh pemain masih dikekalkan, namun terdapat pengurangan hukuman yang mana mereka hanya dilarang daripada menyertai perlawanan rasmi dan bukanlah bagi semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Dalam masa sama, denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) yang dikenakan terhadap FAM juga dikekalkan selepas CAS menyifatkan hukuman itu wajar serta seimbang.

MFL Akan Buat Keputusan Selepas Keputusan Rasmi AFC – Presiden MFL

Terbaharu, Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan, berkata sebarang keputusan berhubung isu tersebut tidak akan dilakukan secara terburu-buru.

Sebaliknya, beliau berkata langkah seterusnya akan dipertimbangkan hanya selepas memperolehi keputusan rasmi daripada Jawatankuasa Tatatertib dan Etika Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

“Kita di peringkat Liga-Malaysia (Liga M), MFL akan membuat kenyataan berkenaan kedudukan pemain terlibat selepas AFC membuat kenyataan,” katanya dipetik Awani.

4 Pemain Warisan Tak Boleh Sertai Saingan Liga-M

MFL sebelum ini memaklumkan bahawa empat daripada tujuh pemain warisan tidak dibenarkan beraksi dalam saingan Liga-M, lapor Awani.

Ini susulan keputusan penggantungan 12 bulan daripada menyertai perlawanan rasmi yang dibuat oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Empat pemain tersebut merangkumi pemain Johor Darul Ta’zim, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel serta pemain Kuching City FC, Gabriel Palmero.

Terdahulu, AFC berkata pertimbangan lanjut akan dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Etika badan itu. Perkara ini sekali gus menimbulkan persoalan mengenai implikasi terhadap skuad kebangsaan serta saingan domestik.

Ambil Iktibar Keputusan CAS – Taufiq Johari

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata semua pihak perlu mengambil iktibar daripada keputusan CAS.

Beliau semalam (9 Mac) berkata keputusan yang dibuat CAS sudah melalui proses perundangan dan keputusan berkenaan diterima oleh pihaknya.

“Proses undang-undang itu telah pun berjalan dan kita menerima keputusan yang telah pun diputuskan… kita akan meneliti apakah langkah susulan yang perlu kita laksanakan.

“Kita mengambil iktibar dan kita juga akan meneliti apakah langkah seterusnya untuk dilakukan di peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS)… yang pasti adalah program pembangunan bola sepak negara, di peringkat akar umbi, tidak boleh terhenti di situ sahaja,” katanya dipetik Berita Harian.

Tambah Taufiq, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan rakan strategik termasuk FAM agar pembangunan bola sepak negara dapat diperkukuh.

“Semangat dalam sukan bola sepak perlu diteruskan, program seperti NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara) akan kita teruskan dan kita akan bekerja rapat bersama dengan rakan strategik FAM.

“Majlis Sukan Negara (MSN) juga akan mengambil tanggungjawab untuk memastikan NFDP ini dapat terus melahirkan lebih ramai lagi atlet-atlet di peringkat akar umbi untuk pembangunan bola sepak kita,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Apa Dokumen Yang Kita Hasilkan?” – Saifuddin Dedah Tidak Berlaku Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

Baca Artikel Berkaitan: FIFA Arah FAM Dedah Dalang Sebenar Isu Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.