Now Reading
Tidak Memaksa, Terpulang Kepada Bekas Ahli Jika Mahu Bersama UMNO Semula – Tok Mat

Tidak Memaksa, Terpulang Kepada Bekas Ahli Jika Mahu Bersama UMNO Semula – Tok Mat

Menurut Timbalan Presiden UMNO itu, UMNO tidak pernah bekerjasama dengan parti DAP, sebaliknya kerjasama yang dilakukan ketika ini hanya atas dasar untuk mengurus negara bukan sebagai penggabungan parti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan UMNO membuka pintu seluas-luasnya buat bekas ahli sama ada yang dipecat mahupun digantung untuk kembali semula tanpa syarat.

Jelasnya pelawaan inisiatif itu di bawah ‘Rumah Bangsa’ yang turut dibuka kepada mana-mana pihak mahupun individu yang mahu bersama dengan perjuangan UMNO.

Bahkan Zahid turut menyifatkan sebuah parti itu bukan hanya bergantung kepada kekuatan struktur organisasi tetapi ia juga terbina atas sokongan, dorongan serta kebersamaan seluruh ahli dalam setiap peringkat.

Tak paksa bekas ahli dipecat dan digantung untuk kembali bersama UMNO, terpulang pada pendirian masing-masing

Terbaharu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan parti berkenaan tidak memaksa mana-mana bekas ahlinya yang dipecat mahupun digantung untuk kembali semula tetapi ia adalah secara sukarela kepada UMNO melalui insiatif ‘Rumah Bangsa’.

Ujar Ahli Parlimen Rembau itu, terpulang kepada setiap individu untuk membuat keputusan serta menyatakan pendirian mereka sekiranya ingin kembali dalam parti tersebut mahupun sebaliknya.

“Kita tidak memaksa sesiapa. Kalau dia mahu kembali kepada parti yang dahulu sebagai ahli UMNO, terpulang kepada dia. Kalau dia kata dia tidak suka UMNO pun terpulang. UMNO bukan parti yang bergantung kepada seorang dua individu tetapi kekuatannya terletak kepada ahli di peringat akar umbi dan perjuangan secara berkumpulan.

“Jangan ada sesiapa menganggap diri itu terlampau kuat, apapun terpulang kepada dia, kita tak memaksa,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Jelaskan UMNO tidak pernah bekerjasama dengan DAP, kerjasama ketika ini hanya atas dasar mengurus negara

Beliau yang mesra dipanggil Tok Mat turut mengulas berhubung kenyataan bekas pemimpin serta Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO yang menolak pelawaan untuk menyertai ‘Rumah Bangsa’ ekoran beranggapan parti terbabit bekerjasama dengan parti DAP yang merupakan komponen Pakatan Harapan.

Menurut Tok Mat, UMNO tidak pernah bekerjasama dengan DAP. Sebaliknya kerjasama yang dilakukan ketika ini hanya atas dasar untuk mengurus (mentadbir) negara serta bukan sebagai penggabungan parti.

“Kita (UMNO) tidak pernah pun bersama DAP. Kita membuat perjanjian untuk menguruskan negara. Kita hanya ada perjanjian dengan Pakatan Harapan untuk mengurus negara. Kerjasama itu dijalinkan berikutan tiada parti mempunyai jumlah kerusi sendiri yang mencukupi untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Keadaan ketika itu tidak boleh dibiarkan tanpa kerajaan, nanti pelabur lari. UMNO atau Barisan Nasional (BN) berjanji kerana kita hendak menyelamat dan menguruskan negara.”

Kemasukan semula tak boleh disertakan sebarang syarat

Kata Menteri Luar Negeri itu lagi kemasukan semula bekas ahli terbabit juga tidak boleh disertakan dengan apa-apa syarat.

“Kita tidak menerima sebarang syarat untuk mereka kembali menjadi ahli parti. Kalau mahu bersama, biar atas kerelaan sendiri untuk berjuang melalui platform UMNO,” ujarnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.