Nak Kejar Untung Punya Pasal, 6 Peniaga Ditahan JAIM Kerana Jual Makanan Pukul 9 Pagi
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi serta Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman tiga pelanggan lelaki beragama Islam turut ditahan kerana makan di siang hari ketika bulan Ramadan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ketika ini semua umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia sedang fokus dengan ibadah berpuasa, malah ada yang kini sudah mula mempertingkatkan amalan memandangkan kita sudah menghampiri penghujung Ramadan.
Yelah Ramadan cuma datang setahun sekali sahaja, jadi kesempatan ini perlu digunakan dengan sebaiknya. Dalam beribadah, kita semua turut melakukan rutin harian biasa seperti bekerja dan sebagainya.
Namun bagi peniaga muslim yang menjual makanan mereka tidak dibenarkan untuk menjual makanan di siang hari kepada umat Islam kecuali ia sudah menghampir waktu berbuka.
Akan tetapi ada yang masih berdegil dek kerana mahukan keuntungan dan sanggup melanggar undang-undang yang ditetapkan.
JAIM tahan enam peniaga jual makanan jam 9 pagi pada pelanggan beragama Islam
Terbaharu, pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah bertindak menahan seramai enam peniaga kerana dikesan menjual makanan kepada pelanggan yang beragama Islam seawal jam 9 pagi untuk meraih keuntungan.
Mereka yang ditahan berusia sekitar 20-an hingga 40-an dalam satu serbuan yang dilakukan di medan selera kawasan industri di Ayer Keroh sekitar jam 11.10 pagi pada 5 Mac lalu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi serta Hal Ehwal Agama Melaka Datuk Rahmad Mariman, Surat Perintah Hadir juga sudah dikeluarkan ekoran daripada perbuatan terbabit yang melanggar Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
“Hasil pemeriksaan mendapati penjual dipercayai mula menjual makanan seawal pukul 9 pagi kepada pelanggan beragama Islam sedangkan mereka tahu kesalahan dilakukan itu.
“Kita kecewa dengan sikap tak mempedulikan sensitiviti bulan ibadah semata-mata mahu mengejar keuntungan,” jelasnya, lapor Kosmo.
3 lelaki yang merupakan pelanggan beragama Islam turut ditahan sebab makan di siang hari ketika Ramadan
Selain enam peniaga, pihak JAIM turut menahan tiga pelanggan lelaki yang merupakan umat Islam ekoran didapati makan di siang hari ketika bulan Ramadan.
“Majoriti mereka bekerja sendiri, manakala selebihnya pekerja sektor swasta dan kesemua tiga pelanggan tidak dapat memberikan alasan munasabah melakukan kesalahan itu.
“Berdasarkan seksyen itu, perbuatan makan, minum atau menjual makanan kepada orang islam pada waktu siang di makan serta merta di bulan Ramadan adalah satu kesalahan yang boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan.”
Menurut Rahmad Mariman, untuk kesalahan yang berulang, hukuman akan meningkat kepada denda RM2,000 atau penjara selama 12 bulan, bagi kesalahan merokok di siang hari pula, mereka yang bersalah boleh didenda sehingga RM500 atau penjara sehingga tiga bulan.



