Lelaki Onani Dalam Masjid Sudah Ditahan, Miliki Kad OKU
Siasatan mendapati lelaki berkenaan adalah warga tempatan yang tidak memiliki rekod lampau manakala saringan air kencing bagi bahan terlarang adalah negatif.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hari ini (6 Mac), jam 3.15 pagi, polis telah menahan lelaki yang disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang jemaah wanita dengan melakukan onani di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat kelmarin (4 Mac).
Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sebuah rumah di Pasir Gudang, Johor.
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail, siasatan mendapati suspek adalah warga tempatan dan tidak tinggal di daerah ini selain merupakan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) pembelajaran.
“Sehari sebelum kejadian, suspek datang ke Segamat bersama ahli keluarga untuk berbuka puasa. Keesokan hari, sebelum pulang ke Johor Bahru dia melakukan perbuatan tidak senonoh itu.
“Suspek tiada rekod lampau dan saringan air kencing negatif bahan terlarang,” kata Mohd Jumazanzahir sewaktu dihubungi, lapor Berita Harian.
Polis Pandang Serius Kes Kelakuan Tidak Senonoh Di Rumah Ibadat
Mengulas lanjut, suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.
“Kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan selanjutnya.
“Polis memandang serius sebarang pelakuan tidak senonoh terutama di rumah ibadat dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu melanggar undang-undang,” tambahnya lagi.
Terdahulu, tular satu video di Threads menunjukkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh sewaktu berada di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat, Johor.
Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), lelaki berkenaan pada awalnya dilihat dalam keadaan separuh bogel sebelum bertindak memakai kain dipercayai kain tuala.
Lelaki itu kemudiannya mengangkat kain tersebut dan dipercayai memegang alat sulit untuk beronani sambil meninjau seorang wanita berusia 40 tahun yang sedang solat dhuha di ruangan solat.
Wanita yang menyedari kelibat dan kelakuan lelaki terbabit kemudiannya menegur dan bertempiaran lari dari tempat kejadian.
Baca Artikel Berkaitan: Tular CCTV Lelaki Onani Dalam Masjid Di Segamat



