fbpx
Now Reading
Lelaki Ditahan Reman 4 Hari, Disyaki Tanam Janin Milik Kekasih

Lelaki Ditahan Reman 4 Hari, Disyaki Tanam Janin Milik Kekasih

Sebaik pasukan forensik dari IPK johor dan Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi, beberapa barangan dipercayai berkaitan dengan kes ditemui seperti baju jersi serta kertas mengandungi cebisan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kehamilan di luar nikah pastinya membuatkan pelaku serta pasangan berasa tidak senang duduk dan gusar dengan penerimaan orang sekeliling khususnya ibu bapa.

Namun gejala sosial ini masih lagi berleluasa meskipun pelbagai nasihat dari segi agama dan juga pencegahan telah dilakukan.

Malah ada yang mengambil jalan pintas dengan menggugurkan kandungan terbabit untuk menyelesaikan masalah.

Lelaki ditahan reman disyaki tanam janin teman wanita

Terbaharu seorang lelaki berusia 27 tahun telah ditahan reman selama empat hari selepas disyaki menyembunyikan kelahiran dengan menanam janin kekasihnya di sebuah kebun dan beberapa saki baki di belakang kediamannya di Johor.

Majistret Nurasidah A Rahman telah mengeluarkan perintah reman ke atas lelaki berkenaan yang merupakan pekerja pelabuhan di Johor Bahru bermula 5 Mac untuk membantu siasatan berkaitan perbuatannya.

Perbuatan terbongkar bila teman wanita pergi hospital kerana sakit belakang

Menerusi laporan yang dilakukan, tindakan lelaki itu mula terbongkar apabila teman wanita yang berusia 25 tahun itu berkunjung ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu mengalami sakit belakang.

Kekasih lelaki berkenaan menggugurkan janin yang berusia 17 minggu di sebuah kediaman di Batu Pahat sebaik memakan ubat yang dibeli secara online.

Sewaktu sedang mendapatkan rawatan di hospital, doktor kemudiannya mengesyaki terdapat perkara pelik sebelum kekasih lelaki itu memaklumkan hal yang sebenar.

Bawa ke kebun untuk tanam janin

Selepas janin berusia 17 minggu itu digugurkan, lelaki itu kemudian membawanya ke sebuah kebun kepunyaan ahli keluarganya serta menggali lubang untuk menanam janin berkenaan sekitar jam 3 petang pada minggu lalu.

Beberapa ketulan darah dari saki baki perbuatan berkenaan turut ditanam di belakang rumah pada pukul 8 malam dan ia tidak disedari oleh ahli keluarga suspek.

Ekoran daripada perbuatan itu, polis lalu menahan lelaki terbabit untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 315 serta Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Beberapa barangan berkaitan dengan kes ditemui

Susulan daripada terbongkarnya tindakan lelaki terbabit, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Unit Anjing Pengesan (K9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dikerahkan kedua-dua lokasi pada petang semalam (5 Mac), lapor Berita Harian.

Oleh itu beberapa barangan dipercayai berkaitan kes turut ditemui seperti:

  • Baju jersi
  • Kertas mengandungi cebisan
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.