fbpx
Now Reading
Tular CCTV Lelaki Onani Dalam Masjid Di Segamat

Tular CCTV Lelaki Onani Dalam Masjid Di Segamat

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumanzanzahir Chek Ismail sewaktu kejadian berlaku wanita berkenaan sedang menunaikan solat dhuha.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh sewaktu berada di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat, Johor.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) itu, awalnya kelihatan lelaki berkenaan dalam keadaan separuh bogel sebelum dilihat memakai kain.

Lelaki itu kemudian dilihat mengangkat kainnya dan dipercayai memegang alat sulit dipercayai untuk beronani sambil meninjau seorang wanita yang berada di ruangan solat.

Tidak lama selepas itu, kelihatan wanita berkenaan menegur perbuatan tidak senonoh itu dan mengatakan ini adalah bulan puasa, sebelum dia mengambil beg dan berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

Polis terima laporan berhubung insiden lelaki separuh bogel dalam masjid di Segamat

Terbaharu Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumanzanzahir Chek Ismail memaklumkan polis telah menerima laporan sekitar jam 6.29 petang dari seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40 tahun berhubung insiden itu.

“Semasa kejadian pada pukul 11.15 pagi, mangsa sedang menunaikan solat dhuha dan telah datang seorang lelaki yang tidak dikenali dalam keadaan separuh bogel dan melakukan onani sambil memandang mangsa.

“Bimbang akan keselamatan diri, mangsa bertindak melarikan diri dari tempat kejadian,” ujarnya, lapor Kosmo.

Tindakan tak senonoh lelaki terbabit berjaya dirakam CCTV

Katanya, hasil siasatan dilakukan mendapati CCTV di masjid tersebut berjaya merakam tindakan lelaki berkenaan.

Menurutnya, individu tersebut disyaki seorang lelaki warga asing yang berusia sekitar 30-an, berbadan kurus dan kulit cerah.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Segamat di talian hotline 07-9324222.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.