Now Reading
Tengku Zafrul Dilantik Jadi Penasihat Kanan Politik PM

Tengku Zafrul Dilantik Jadi Penasihat Kanan Politik PM

Menurut PMO, Anwar bersetuju melantik Tengku Zafrul selama tempoh dua (2) tahun bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa semalam (4 Mac).

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata Anwar bersetuju melantik Tengku Zafrul selama tempoh dua (2) tahun bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.

“Perdana Menteri menzahirkan harapan agar YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.”

Amanah baru untuk semua berkhidmat kepada negara

Perkara sama turut dikongsikan Tengku Zafrul menerusi satu muat naik di Facebook miliknya.

Tengku Zafrul yang menzahirkan penghargaan kepada Anwar atas pelantikan tersebut turut memaklumkan yang beliau akan menggalas tanggungjawab baharu itu dengan sebaiknya.

“Insya-Allah saya akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya demi memastikan agenda pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat terus diperkukuh. Mohon doa dan sokongan semua,” kata Tengku Zafrul.

Sekitar November tahun lalu, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumumkan peletakan jawatanya sebagai Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.