fbpx
Now Reading
Fadhlina Dedah Seramai 13 Pengetua & Guru Besar Terbabit Kesalahan Jenayah Dari 2021-2025

Fadhlina Dedah Seramai 13 Pengetua & Guru Besar Terbabit Kesalahan Jenayah Dari 2021-2025

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek antara hukuman tatatertib yang dikenakan kepada pengetua dan guru besar yang disabit kes jenayah termasuk turun gaji, pangkat, serta buang kerja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan menjadi guru bukanlah mudah, sebaliknya guru bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa yang akan mentadbir negara di masa hadapan.

Malah guru juga perlu sentiasa dihormati oleh orang ramai namun mereka juga manusia yang turut melakukan kesalahan.

Sekiranya sesuatu kesalahan itu adalah berat seperti melibatkan jenayah tindakan undang-undang perlulah diambil agar ia boleh diadili sebaiknya.

13 kes jenayah libatkan pengetua dan guru besar dari 2021-2025

Baru-baru ini Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan sebanyak 13 kes jenayah melibatkan pengetua serta guru besar yang disabitkan di mahkamah dari 2021 hingga 2025.

Jelas menteri itu, antara kes yang disabit di mahkamah adalah:

  • Salah guna kuasa (satu)
  • Pengurusan kewangan (lapan)
  • Gangguan seksual (tiga)
  • Khalwat (satu)

KPM pandang serius dan hukuman bersesuaian akan diambil berdasarkan fakta kes

Ekoran daripada laporan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius bagi setiap kesalahan berkenaan.

Malah hukuman bersesuaian juga akan diambil berdasarkan fakta bagi setiap kes tersebut.

Antara hukuman tatatertib yang boleh dikenakan:

  • Turun gaji
  • Turun pangkat
  • Buang kerja

“Semua sabitan akan diteliti oleh Pihak Berkuasa Tatatertib untuk menentukan hukuman bersesuaian berdasarkan fakta setiap kes.

“Antara hukuman tatatertib dikenakan termasuk turun gaji, turun pangkat serta buang kerja bagi memastikan integriti dan disiplin dalam kalangan pentadbir sekolah terus terpelihara, jelasnya, lapor Berita Harian.

Fadhlina berkata sedemikian bagi menjawab soalan dari Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan berhubung jumlah pengetua serta guru besar yang didapati bersalah di mahkamah melibatkan kes:

  • Salah guna kuasa
  • Pengurusan kewangan
  • Jenayah seksual dan lain-lain
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.