fbpx
Now Reading
Berdiam Diri Ketika Agama Dihina Tanda Lemahnya Jiwa & Pudar Maruah – Sultan Pahang

Berdiam Diri Ketika Agama Dihina Tanda Lemahnya Jiwa & Pudar Maruah – Sultan Pahang

Titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perbuatan itu bukan sahaja sangat biadap, bahkan satu penghinaan yang mengguris hati umat Islam serta menggugat keharmonian masyarakat yang dibina atas asas saling menghormati.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular hantaran seorang individu yang juga pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang didakwa memijak al-Quran.

Perkara itu telah mencetuskan rasa kurang orang ramai khususnya umat Islam dan menyifatkan ia tindakan yang biadap serta tidak menghormati kitab suci berkenaan.

,Pelajar yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan itu kemudiannya mengaku tidak bersalah atas dua pertudahn mencemar al-Quran dan membuat hantaran komunikasi jelik melampau dan kes akan dibicarakan semula pada 8 April ini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Universiti Mengaku Tidak Bersalah Cemar Al-Quran & Buat Hantaran Jelik Melampau

Sultan Pahang kesal dengan insiden pelajar pijak al-Quran, sifatkan ia perbuatan biadap

Terbaharu Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah murka serta kesal dengan insiden terbabit.

Bahkan baginda menyifatkan ia adalah perbuatan biadab dan menggugat keharmonian negara serta negeri Pahang.

Titah baginda, insiden yang melibatkan seorang penuntut itu adalah tindakan yang tak boleh dipandang enteng.

“Perbuatan ini bukan sahaja satu tindakan yang sangat biadap, bahkan satu penghinaan yang yang mengguris hati umat Islam serta menggugat keharmonian masyarakat yang dibina atas asas saling menghormati.

“Apabila Al-Quran dipijak, maka yang tercemar bukan sekadar kertasnya, tetapi kesucian wahyu dan maruah umat. Dalam hal ini, saya menegaskan bahawa apabila Al-Quran dipijak, diam bukanlah satu pilihan,” ujar baginda.

Diam diri ketika agama dihina, tanda lemahnya jiwa

Sultan Pahang turut menegaskan berdiam diri sewaktu agama dihina merupakan tanda lemahnya jiwa serta pudarnya maruah.

Oleh itu, baginda turut mengingatkan dalam mempertahankan kesucian agama ia tidak boleh dibuat dengan cara melulu mahupun mengikut emosi.

Baginda yang memetik kata-kata ulama tersohor, Buya Hamka dengan ungkapan “Jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kapan,” menjelaskan ia bukanlah seruan kepada keganasan, sebaliknya ia adalah peringatan mengenai tanggungjawab moral kepada setiap muslim dalam mempertahankan maruah agama.

“Islam menuntut ketegasan, tetapi dalam lingkungan keadilan. Kita tidak boleh membiarkan penghinaan berlaku, namun kita juga tidak boleh membalas dengan tindakan yang meruntuhkan keamanan. Jika emosi menguasai akal, semua pihak akan rugi.”

Penghinaan terhadap Islam perlu ditangani tegas & tanpa kompromi, kebebasan bersuara bukan alasan hina agama

Baginda menegaskan sebarang penghinaan terhadap Islam wajib ditangani secara tegas dan tanpa kompromi menurut lunas undang-undang.

Jelas Sultan Pahang, kebebasan bersuara bukan alasan untuk menghina agama.

“Kebebasan bersuara bukan alasan untuk menghina agama. Biar mati anak, jangan mati adat. Dan adat yang paling utama dalam negeri ini ialah menghormati agama sebagai tunjang kehidupan,” titah baginda lagi.

Dalam masa sama, baginda mengingatkan orang ramai untuk saling menghormati kitab suci dan kepercayaan masing-masing tanpa mengira agama dan bangsa.

“Kita sebagai orang Islam atau penganut mana-mana agama sekalipun, harus menghormati semua kitab-kitab dalam semua agama dan tidak mempersendakan mana-mana agama. Tanggungjawab saya sebagai Sultan Pahang adalah untuk menyatukan semua rakyat beta, tidak kira bangsa, kaum atau agama.

“Kita semua hendak tinggal di bumi Pahang ini dalam suasana aman sentosa, harmoni dan semangat muhibah yang sentiasa terpelihara.”

Pertahankan kesucian Islam bukan menafikan hak

Tegasnya, tindakan mempertahankan kesucian Islam bukan bermaksud menafikan hak dan penghormatan ke atas agama-agama lain.

“Negeri ini dibina atas semangat hidup bersama dalam kepelbagaian. Islam sebagai agama Persekutuan dan agama bagi negeri ini menjunjung prinsip keadilan dan rahmat.

“Kita seharusnya mempertahankan agama kita dengan tegas dan dalam masa yang sama menghormati penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan mereka dengan tenang,” ujar baginda lagi.

Insiden tular wajar dijadikan muhasabah oleh masyarakat supaya tak ghairah kejar kemajuan dunia

Baginda turut mengatakan insiden pelajar memijak al-Quran itu wajar untuk dijadikan cermin muhasabah agar orang ramai tidak terlalu ghairah dalam mengejar kemajuan dunia sehingga lupa untuk memelihara akhlak serta nilai spiritual.

“Negeri boleh maju dengan teknologi, tetapi ia hanya akan bermaruah jika akhlaknya terpelihara.

“Justeru saya menyeru seluruh rakyat Pahang agar kembali kepada Al-Quran…membaca, memahami maknanya dan mengamalkannya dalam kehidupan kita.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.