fbpx
Now Reading
Tiada Rekod Pengislaman Pelajar Dituduh Pijak Al-Quran – MUIP

Tiada Rekod Pengislaman Pelajar Dituduh Pijak Al-Quran – MUIP

Menurut Ketua Pendaftaran Mualaf, Dr Asmadi Abdul Rahman memaklumkan tiada sebarang maklumat berkaitan status pengislaman pelajar berkenaan dalam sistem Muip.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini pendakwah bebas, Firdaus Wong mendakwa pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang tular memijak al-Quran adalah seorang mualaf yang baru memeluk Islam pada April 2025. 

Firdaus Wong turut menyifatkan pelajar berkenaan seorang yang baik, sopan santun serta mempunyai tutur kata yang lembut. 

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Budak Baik, Apa Yang Berlaku?” – Firdaus Wong Dakwa Individu Pijak Al-Quran Seorang Mualaf

Peguam dedah bapa pelajar tidak mengetahui dakwaan anak peluk Islam

Namun hari ini (3 Mac) peguam yang mewakili pelajar berkenaan, Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman memaklumkan bapa kepada pelajar itu tidak mengetahui berhubung status agama anaknya yang didakwa telah memeluk Islam. 

Perkara itu diberitahu sewaktu wartawan cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada bapa pelajar berkenaan, K. Selvananthan berhubung hal terbabit. 

Belum bersedia untuk jawab soalan

Peguam memaklumkan bapa pelajar tersebut belum bersedia untuk menjawab apa-apa soalan daripada wartawan waktu itu. 

“Kalau tanya dia, dia akan jawab ‘no komen’. Bapa dia pun tidak tahu tentang (dakwaan) anaknya peluk Islam,” ujarnya, lapor Utusan Malaysia

Tiada rekod pendaftaran pengislaman di Pahang & beberapa negeri lain

Terbaharu, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mendapati pelajar tersebut tidak mempunyai sebarang rekod pendaftaran pengislaman di Pahang.

Jelas Ketua Pendaftaran Mualaf, Dr Asmadi Abdul Rahman semakan dalaman yang dibuat oleh pihaknya tidak menjumpai maklumat berkaitan status pengislaman penuntut itu dalam sistem MUIP, lapor Kosmo.

“Pihak kami turut mendapatkan bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membuat semakan rentas negeri, namun hasil awal juga tidak menunjukkan sebarang rekod rasmi. Setakat semakan dibuat, tiada pendaftaran pengislaman direkodkan di Pahang dan beberapa negeri lain. Jika seseorang memeluk Islam secara sah, sepatutnya ada dalam sistem.”

Menurut Dr Asmadi, setiap individu yang telah memeluk Islam perlu membuat pendaftaran di pejabat agama atau majlis agama negeri untuk memastikan status itu diiktiraf secara sah.

Muip sedang cuba dapatkan penjelasan daripada Firdaus Wong berhubung dakwaan pelajar terbabit

Sementara itu, beliau memaklumkan MUIP juga sedang cuba mendapatkan penjelasan dari pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ekoran kenyataan yang dikeluarkannya mendakwa pelajar univerisiti awam itu sudah memeluk Islam sebelum ini.

“Kami sudah cuba hubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan, tetapi sehingga kini tiada respons diterima. Maklumat tersebut penting bagi membantu proses semakan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.