Now Reading
Tular Lagi Individu Pijak Al-Quran, MCMC Sahkan Ia Video Lama & Berlaku Di Singapura

Tular Lagi Individu Pijak Al-Quran, MCMC Sahkan Ia Video Lama & Berlaku Di Singapura

Jelas MCMC, menerusi siasatan awal yang dilakukan dipercayai individu yang terlibat merupakan warga Singapura dan insiden tersebut juga berlaku di negara jiran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular di media sosial satu lagi video memaparkan tindakan seorang individu yang memijak al-Quran.

Perkara itu secara tidak langsung telah mencetuskan rasa kurang senang orang ramai khususnya umat Islam dan mahu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut.

Ini kerana, mereka berpendapat kejadian berulang dalam masa terdekat dipercayai merujuk kepada kes seorang pelajar universiti bukanlah satu perkara yang bagus. Namun beberapa pengguna mendakwa pelaku video berkenaan adalah warga Singapura.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Disyaki Pijak Al-Quran Sudah Ditahan Polis, UMPSA Jalankan Siasatan

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Biadab & Tidak Boleh Diterima, Pijak Al-Quran Ibarat Pijak Kitab Veda – Sivamalar

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pijak Al-Quran: Polis Terima 62 Laporan Seluruh Negara, Kertas Siasatan Dirujuk AGC Hari Ini

MCMC sahkan video tular individu pijak Al-Quran dah lama & berlaku di Singapura

Terbaharu, pihak Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan rakaman berkenaan adalah video lama justeru mereka sedang mengambil tindakan berhubung penularan pada tahun 2024 melibatkan insiden yang berlaku di Singapura.

Jelasnya perkara itu dilakukan oleh lelaki yang berasal dari Singapura. Dalam video terbabit memaparkan kandungan berunsur penghinaan ke atas agama Islam termasuk perbuatan memijak al-Quran.

“MCMC telah menerima aduan daripada orang awam berhubung kandungan berkenaan yang dipercayai dimuat naik semula sehingga mencetuskan kegusaran serta ketegangan dalam kalangan masyarakat.

“Berdasarkan siasatan awal, dipercayai individu yang terlibat merupakan warga Singapura dan insiden tersebut juga dipercayai berlaku di Singapura,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Berkerjasama dengan pelbagai platform media sosial untuk sekat penyebaran dan akses

Oleh itu, pihak MCMC kini sedang bekerjasama dengan beberapa platform media sosial yang terlibat, khususnya Threads, Facebook dan TikTok untuk memastikan tindakan sewajarnya dapat dilakukan termasuklah menyekat penyebaran dan akses terhadap kandungan terbabit di negara ini.

MCMC dalam masa sama turut menegaskan sebarang penyebaran kandungan yang menyentuh sensitiviti agama dan berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini adalah satu perbuatan yang tak bertanggungjawab serta boleh dikenakan tindakan undang-undang selaras dengan peruntukan yang berkuat kuasa.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan semula kandungan berkenaan,” jelasnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.