Timbalan Menteri Agama Saran Ganti Istilah LGBT Dengan Budaya Songsang, Mahu Elak Normalisasi [Video]
Menurut Marhamah Rosli lagi, kerajaan kekal konsisten menolak sebarang usaha mempromosi budaya songsang LGBT dan tidak mengiktiraf perbuatan tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Orang ramai digalakkan untuk menggantikan istilah LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dengan ‘budaya songsang’.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli, ia sebagai satu usaha mengelak normalisasi serta mengekang peluasan algoritma kandungan berkenaan di media sosial.
Tambah Marhamah lagi, tindakan itu juga bertujuan memastikan penggunaan istilah yang selaras dalam pengucapan dan penulisan, sekali gus mengelakkan budaya itu dipromosikan secara tidak langsung.
“Apabila semakin banyak kita sebut, tulis dan nyatakan di mana-mana (istilah LGBT), ia akan menyebabkan semakin banyak kandungan muncul tentang perkara ini.
“Kalau kanak-kanak (kerap) dengar (istilah) LGBT, mereka akan mencari apa itu LGBT.
“Secara tidak sedar, kita seolah-olah sedang mempromosikan budaya songsang tersebut,” kata Marhamah.
Tambahnya, kerajaan kekal konsisten menolak sebarang usaha mempromosi budaya songsang berkenaan dan tidak mengiktiraf perbuatan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Hussin Ismail di Dewan Negara berhubnung status terkini pemantauan terhadap penganjuran program tertutup berunsurkan LGBT seperti ‘Glamping with Pride’ yang sebelum ini tular di media sosial.
Mengulas mengenai program Glamping with Pride pula, beliau berkata acara tersebut telah dibatalkan dan tidak diteruskan.
“Pihak berkuasa negeri Selangor turut mengesahkan tiada sebarang permit diberikan dan pendirian ini selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar tindakan tegas diambil terhadap aktiviti yang bertentangan dengan nilai agama dan moral.”
Dari sudut pemantauan pula, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui unit penyelidikannya sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi memantau penyebaran pengisian media sosial yang menyentuh isu budaya songsang serta ajaran sesat.
Malah beliau berkata, JAKIM juga sedang bekerjasama dan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menurunkan kandungan dan pautan yang terkait dengan budaya songsang.
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.



