fbpx
Now Reading
“He Go Or We Go” – Ahli Parlimen DAP Desak Azam Baki Letak Jawatan [Video]

“He Go Or We Go” – Ahli Parlimen DAP Desak Azam Baki Letak Jawatan [Video]

Menurut MP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, kegagalan pihak berkuasa menangani isu itu dengan tegas mampu menyebabkan rakyat serta pengundi hilang keyakinan terhadap kerajaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Laporan agensi berita antarabangsa Bloomberg yang mendakwa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mempunyai pegangan saham sebanyak 17.7 juta dalam Velocity Capital Bhd telah menjadi topik hangat sejak beberapa minggu ini.

Saham yang dimiliki pada tahun 2025 itu dianggarkan bernilai RM800,000. Susulan pendedahan tersebut, ramai pihak menggesa agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Azam.

Malah Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama beberapa Ahli Parlimen PKR juga telah menghadiri satu protes, Himpunan Tangkap Azam Baki yang dianjurkan di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur pada 15 Februari lalu bagi menggesa kerajaan menggantung tugas Azam.

Baca Artikel Berkaitan: Rafizi Tegas Akan Teruskan Protes Jika Kerajaan Tak Gantung Tugas Azam Baki

MP DAP Gesa Penggantungan Jawatan Azam Baki

Hari ini (23 Februari), Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dari parti DAP menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Azam Baki susulan laporan Bloomberg berkaitan pemilikan sahamnya.

Menurut Khoo, kegagalan pihak berkuasa dalam menangani isu itu dengan tegas mampu menyebabkan rakyat serta pengundi hilang keyakinan terhadap kerajaan.

Ujarnya, ini merupakan kali kedua isu pemilikan saham membabitkan Azam didedahkan, sekaligus menyeru kerajaan agar mengambil tindakan sewajarnya.

Jelasnya, rakyat juga berkemungkinan ‘menghukum’ kerajaan dengan tidak memberikan undian pada masa akan datang.

“Azam Baki perlu letak jawatan. He have to go or we have to go (Dia kena pergi atau kita yang perlu pergi). He go or we go (Dia pergi atau kita yang pergi).

“Itu pesanan saya. Sekiranya kita membenarkan beliau terus memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, rakyat akan datang, (ketika) mengundi (dan) akan hukum kita.

“Saya harap masa bahas saya tamat tapi jangan tempoh kita jadi kerajaan tamat selepas pilihan raya akan datang,” ujar beliau ketika berucap membahaskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 di Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat Tolak Usul Bahas Isu Pegangan Saham Azam Baki

Semalam (23 Februari), Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul untuk membahaskan isu pegangan saham membabitkan Azam Baki. Tegas Johari, sebuah jawatankuasa khas sudah pun ditubuhkan untuk menyiasat isu tersebut.

Bagaimanapun, Johari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk membenarkan isu itu dibahaskan selepas dapatan siasatan dimuktamadkan.

Surat cadangan usul itu telah dikemukakan oleh Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, sambil menegaskan kepentingan isu itu untuk dibincangkan dengan kadar segera.

Terdahulu, lapan Ahli Parlimen PKR termasuk bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggantung tugas Azam dan menyegerakan siasatan bebas serta telus ke atas beliau berkaitan dakwaan pemilikan saham bernilai jutaan ringgit.

Memetik Berita Harian, Ahli Parlimen Pandan itu berkata tuduhan terhadap seorang penjawat awam tidak sepatutnya menjejaskan PH dan Anwar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) seterusnya.

Azam Baki Telah Dipanggil Untuk Beri Keterangan

Berbicara tentang siasatan kes, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, memaklumkan bahawa Azam telah dipanggil bagi memberi keterangan kepada Jawatankuasa Khas Siasatan yang ditubuhkan kerajaan.

Jelasnya, jawatankuasa itu sedang meneliti aspek pematuhan dan keteraturan pemilikan saham oleh Azam berdasarkan laporan awal yang diterima.

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tak Boleh Brain Macam Mana KP SPRM Boleh Keliru Pasal Saham?” – Rafizi Ramli [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Isu Saham: Azam Baki Hantar LOD, Tuntut Ganti Rugi RM100 Juta Dari Bloomberg

Baca Artikel Berkaitan: Dakwaan Dalam Laporan Bloomberg Tentang SPRM Adalah Serius – Rafizi [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.