Gempa Bumi Di Perairan Sabah: “Rasa Macam Kena Ayun” – Penduduk Rasa Gegaran Selama 10 Saat [Video]
Gegaran gempa bumi bermagnitud 6.8 di perairan Sabah itu turut dirasai di Sarawak dan Semenanjung Malaysia termasuklah Lembah Klang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tengah malam tadi (Isnin, 23 Februari), satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud dilaporkan berlaku di perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pada jam 12.57 pagi.
Memetik hantaran Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), gempa itu berlaku pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur dengan kedalaman 678 kilometer.
Gegaran dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Sabah, serta beberapa lokasi di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Malah negara jiran Brunei juga dikatakan berdepan dengan gegaran kecil.
Penduduk Kongsi Situasi Gempa Di Threads
Susulan gempa ini, orang ramai terutamanya para penduduk berkongsi momen dan situasi semasa mereka di media sosial.
“Gegaran yang saya rasa di Pitas, Kota Marudu, Sabah. Rakam pun dah waktu akhir (gegaran). Beberapa saat pertama lagi rasa gegarannya berbanding dalam rakaman ni. Baik-baik Sabahku,” kata seorang wanita dikenali sebagai Maiya.
View on Threads
View on Threads
Gegaran Berterusan Selama 10 Saat
Penduduk di sekitar Pantai Barat Sabah turut memaklumkan bahawa gegaran tersebut dirasai selama kira-kira 10 saat.
Seorang penduduk, Petrus Bius, dari Kepayan, Kota Kinabalu berkata ketika kejadian, dia sedang berehat sebelum tiba-tiba merasakan rumahnya bergegar.
“Saya masa itu sedang berehat, tiba-tiba rasa gegaran dalam 10 saat macam itu. Memang jelas terasa.
“Anak saya pula sedang belajar dan terus beritahu jendela biliknya bergegar, manakala pingat yang digantung turut berhayun dan berbunyi,” katanya, lapor Berita Harian.

Rasa Seperti Diayun Ketika Baring Di Sofa – Penduduk
Di Sandakan pula, penduduk dikenali sebagai Azlan Adlan berkata dia menyedari kejadian tersebut semasa sedang terbaring di sofa.
“Sekali rasa macam kena ayun. Saya terus bangun dan tengok, memang ada gegaran,” dedahnya.
Dalam pada itu, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Serigai, Putatan, rata-rata penghuni yang merasai gegaran itu bertindak keluar dari kediaman masing-masing dan berkumpul di dewan sebagai langkah keselamatan.
Bukan sahaja di kawasan Sabah, malah impak gempa itu juga dirasai penduduk di Semenanjung Malaysia termasuklah Seri Kembangan, Putrajaya, Segambut serta kawasan Lembah Klang.
“Bukit Segambut, Kuala Lumpur rasa kuat juga macam berjoget atas kerusi. Saya tengah makan waktu tu,” kata seorang pengguna Threads, Shasha Aziz.




Tiada Ancaman Tsunami Susulan Gempa
Dalam pada itu, MET Malaysia melaporkan bahawa pusat gempa dikesan kira-kira 49 kilometer barat dari Kudat, Sabah.
Bagaimanapun, menurut pihak mereka, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan insiden terbabit.
Zahid Hamidi Mohon Penduduk Berjaga-jaga & Tidak Panik
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di laman Threads memaklumkan bahawa Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melaksanakan pemantauan lapangan berterusan sebagai langkah berjaga-jaga.
Rondaan turut dijalankan di kawasan tepi laut berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), selain pemeriksaan di beberapa daerah termasuk Putatan, Kudat dan kawasan sekitar bagi memastikan keadaan kekal selamat dan terkawal.
“Keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Sehubungan itu, saya memohon penduduk di kawasan berhampiran agar sentiasa peka terhadap arahan pihak berkuasa, kekal tenang dan tidak panik.
“Dapatkan maklumat sahih daripada Portal Bencana atau media sosial rasmi MET Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi lain yang berkaitan,” katanya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Apa Nak Buat Ketika Gempa Bumi? Ini Langkah-langkah Yang Korang Perlu Tahu
Baca Artikel Berkaitan: 6 Negeri Di Malaysia Berisiko Alami Gempa Bumi, Peta Bahaya Seismik Sedang Dikemas Kini
Baca Artikel Berkaitan: Gempa Bumi Segamat: Sultan Pahang Titah Semua Masjid & Surau Di Pahang Buat Solat Hajat Tolak Bala



