Kemalangan Di Jalan Ipoh-Lumut: Ambulans Lewat Tiba Akibat Maklumat Lokasi Salah – JKNP
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP), lokasi awal insiden kemalangan membabitkan Kelisa dan MPV polis yang dilaporkan adalah di kawasan Taman Perumahan sekitar Puncak Jelapang yang terletak kira-kira lapan kilometer dari HRPB.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada minggu lalu, media melaporkan satu insiden kemalangan jalan raya di Jalan Ipoh-Lumut yang berlaku pada 10 Februari membabitkan kenderaan peronda polis (MPV) dan sebuah kereta Perodua Kelisa.
Susulan kejadian itu, kanak-kanak berusia tiga tahun, Chong Zee Han, dilaporkan cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada pukul 4.32 petang.
Sehubungan itu, pakcik kepada kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Steven Wong menerusi hantaran di media sosial, berkata keluarga mereka mahu menuntut keadilan untuk Chong dan menyeru saksi kejadian yang mempunyai maklumat berhubung insiden agar tampil membuat laporan.
Baca Artikel Berkaitan: “Kami Tuntut Keadilan” – Keluarga Budak 3 Tahun Maut Kemalangan Di Ipoh Mohon Saksi Tampil [Video]
Ambulans Tiba Lewat Kerana Kesalahan Maklumat Lokasi Pertama
Terbaharu, media melaporkan timbul dakwaan bahawa ambulans tiba lewat ke lokasi kejadian tersebut.
Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) bagaimanapun tampil menjelaskan kelewatan itu berpunca daripada kesalahan maklumat lokasi yang dilaporkan pemanggil pada peringkat awal dan tindakan telah dilaksanakan mengikut protokol bantuan kecemasan.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik ke Facebook, lokasi awal kejadian yang dilaporkan adalah di kawasan Taman Perumahan sekitar Puncak Jelapang yang terletak kira-kira lapan kilometer dari HRPB.
Namun apabila ambulans tiba di lokasi tersebut, didapati tiada kejadian seperti dilaporkan berlaku.
“Pengesahan lokasi kemudian dilakukan melalui panggilan kepada pemanggil dan mendapati lokasi sebenar adalah di Lebuhraya Ipoh-Lumut menghala ke Jelapang,” katanya.
Ibu & Anak Diberi Resusitasi Di Lokasi Kejadian
Tambah JKNP, ambulans kemudiannya tiba di lokasi kejadian sebenar pada jam 3.55 petang dengan penilaian keadaan semasa mangsa telah dilakukan terhadap mangsa berusia 33 tahun dan seorang kanak-kanak berumur tiga tahun.
Menurut kenyataan itu, sebaik tiba di lokasi kejadian pada pukul 3.55 petang, pegawai perubatan telah menjalankan penilaian keadaan mangsa mengikut protokol bantuan kecemasan terhadap seorang wanita berusia 33 tahun dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun
“Mangsa wanita didapati mengalami kecederaan serius manakala mangsa kanak-kanak didapati tidak sedarkan diri, dan telah diberikan bantuan resusitasi di lokasi kejadian secara serta-merta.
“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke menggunakan ambulans dan kanak-kanak berkenaan turut diberikan tindakan resusitasi aktif sepanjang perjalanan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPB,” katanya.
Dalam masa sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.



