“Saya Tak Boleh Brain Macam Mana KP SPRM Boleh Keliru Pasal Saham?” – Rafizi Ramli [Video]
Jelas beliau, penjelasan Azam Baki bahawa pembelian sahamnya tidak melibatkan modal berbayar seolah-olah menggambarkan KP SPRM itu tidak memahami konsep saham.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menzahirkan rasa terkejut berhubung penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berhubung pemilikan sahamnya menjadi topik hangat baru-baru ini.
Bekas Menteri Ekonomi itu menerusi satu hantaran video di Facebook berkata, Azam Baki mungkin tidak faham konsep saham atau terkeliru antara saham dan modal berbayar.
Jelas beliau, penjelasan Azam bahawa pembelian sahamnya tidak melibatkan modal berbayar seolah-olah menggambarkan KP SPRM itu tidak memahami konsep saham, meskipun dia mengetuai agensi yang bertanggung jawab menyiasat banyak jenayah kolar putih melibatkan transaksi saham dan kewangan yang kompleks.
Tegasnya, peraturan buat penjawat awam untuk tidak boleh memiliki saham melebihi RM100,000 dalam mana-mana syarikat adalah jelas dan masuk akal.
“Peraturan penjawat awam itu jelas. Penjawat awam tidak boleh memiliki saham melebihi RM100,000 dalam mana-mana syarikat. Sebabnya masuk akal. Kalau penjawat awam ada saham yang besar dalam sesuatu syarikat, timbul persoalan dari mana dia dapat wang untuk membeli saham-saham itu dengan gaji penjawat awam.
“Lebih berbahaya lagi, timbul pertembungan kepentingan atau conflict of interest kerana ada keputusan-keputusan awam atau penguatkuasaan yang boleh dipengaruhi oleh kepentingannya di dalam syarikat atau industri tertentu.
“Cuma yang saya tak leh brain ni macam mana seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM, yang mengendalikan siasatan dan pendakwaan kes-kes kolar putih yang melibatkan traksasi saham dan kewangan kompleks, seolah-olah terkeliru mengenai maksud saham,” kata Rafizi.
Apa sahaja libatkan saham adalah modal berbayar – Rafizi
Rafizi dalam masa sama turut menegaskan apa-apa sahaja saham adalah modal berbayar.
“Bila beliau sebut pembelian saham-saham itu dari pasaran terbuka dan tidak melibatkan modal berbayar, ia memberi gambaran yang pada pemahaman beliau, beli saham syarikat senaraian awam di pasaran terbuka itu bukan modal berbayar.
“Apa-apa saham itu modal berbayar la Tan Sri!
“Bagi syarikat yang lebih besar, mereka dibenarkan menerbitkan saham untuk mengumpul modal berbayar di pasaran terbuka iaitu Bursa Kuala Lumpur.
“Bila Tan Sri Azam Baki beli saham syarikat-syarikat senaraian awam ini melalui pasaran terbuka, maknanya dia memiliki sebahagian syarikat-syarikat ini dan sahamnya itu telah menjadi modal berbayar syarikat-syarikat ini. Takkan itu pun tak paham Tan Sri?
“Mungkin lebih baik Tan Sri Azam Baki bercuti dahulu untuk pergi balik ke kelas dan memahami mengenai saham.Bimbang saya macam mana Tan Sri nak mengemudi SPRM yang kena siasat pasal macam-macam salahlaku yang melibatkan saham ni,” kata Rafizi panjang lebar.
Sebagai info, Rafizi sebelum ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggantung tugas Azam Baki agar satu siasatan menyeluruh boleh dibuat berhubung tuduhan salah laku pemilikan saham terhadapnya.
Terdahulu semalam (11 Feb) Azam Baki menegaskan beliau telah melupuskan semua sahamnya dan tidak lagi mempunyai sebarang pemilikan saham dalam mana-mana syarikat.
Malah dia mendakwa segala urus niaga sahamnya sebelum ini dilakukan secara telus dan mematuhi sepenuhnya peraturan kerajaan.
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.



