fbpx
Now Reading
Padah Meragut 2 Warga Emas, Lelaki Dipenjara 11 Tahun & 3 Sebatan

Padah Meragut 2 Warga Emas, Lelaki Dipenjara 11 Tahun & 3 Sebatan

Memetik laporan media, peragut berkenaan turut memiliki dua rekod lampau berkaitan kes samun bersenjata berkumpulan iaitu di Kelana Jaya dan Sungei Way.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tindakan nekad seorang lelaki di Batu Pahat, Johor meragut dua warga emas memakan diri apabila dia hari ini (12 Feb) dipenjara 11 tahun dan tiga (3) sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Osman Affendi Mohd Shalleh menjatuhi hukuman berkenaan selepas tertuduh Mohd Azrul Azhar, 32 mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Osman Affendi turut menegur perbuatan Mohd Azrul memandangkan ini bukan kali pertama dia berbuat demikian.

“Ini bukan kes pertama kamu melakukannya tetapi kali ini sudah masuk yang keempat. Sepatutnya kamu (tertuduh) buat kerja halal untuk tampung keluarga.”

Memetik Berita Harian, Mohd Azrul yang juga bekas operator kilang turut memiliki dua rekod lampau berkaitan kes samun bersenjata berkumpulan iaitu di Kelana Jaya dan Sungei Way, Selangor.

Tertuduh menangis teresak-esak, dakwa meragut kerana isteri perlu jalani pembedahan

Mohd Azrul kemudiannya dilaporkan menangis teresak-esak selepas mahkamah membuat keputusan berkenaan.

Dia di dalam rayuan kemudian mendakwa terpaksa meragut kerana terdesak disebabkan isterinya perlu menjalani pembedahan.

Tuduhan pertama: Rompak warga emas 72 tahun depan sekolah

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki berkenaan didakwa merompak rantai leher emas milik seorang wanita warga emas berusia 72 tahun pada 10.20 pagi 3 Februari 2026.

Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Jalan Setia Jaya, Batu Pahat.

Berdasarkan fakta kes, tindakan tertuduh menyebabkan mangsa cedera selepas terjatuh daripada basikal elektrik yang ditunggangnya. Insiden turut menyebabkan telefon bimbit tertuduh tercicir.

Pertuduhan kedua: Rompak warga emas 61 tahun di kawasan perumahan

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa merompak seorang wanita warga emas berusia 61 tahun di hadapan sebuah rumah di Taman Budaya, Parit Besar.

Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh pada jam 1 tengah hari, 3 Januari lalu.

Difahamkan mangsa diragut di hadapan rumahnya ketika berjalan pulang dari sebuah kedai. Tindakan tertuduh kemudiannya berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Kesemua pertuduhan inidikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang mana jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.