fbpx
Now Reading
Seramai 21,114 Remaja Bawah 19 Tahun Hamil Anak Luar Nikah

Seramai 21,114 Remaja Bawah 19 Tahun Hamil Anak Luar Nikah

Menurut Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri usaha untuk membendung masalah berkenaan dilakukan melalui pelbagai inisiatif termasuk membangunkan Dasar dan Pekerti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui gejala sosial seperti pergaulan bebas secara terbuka bukanlah satu masalah baru.

Bahkan setiap tahun ada sahaja kelahiran anak luar nikah dilaporkan dan ia adalah masalah sosial yang masih cuba untuk diselesaikan dengan pelbagai alternatif.

21,114 remaja bawah 19 tahun hamil anak luar nikah

Terbaharu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan seramai 21,114 orang remaja perempuan bawah 19 tahun ke bawah yang belum berkahwin dilaporkan hamil bagi tempoh 2019-2024. Ini berdasarkan rekod di Kementerian Kesihatan (KKM).

Ujarnya usaha untuk membendung masalah berkenaan dilakukan melalui pelbagai inisiatif termasuk membangunkan Dasar serta Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI).

“Inisiatif ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran semua pihak berkaitan kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan berdaya tahan (resilient).

“Di bawah pelan tindakan ini, pembangunan kemahiran berkaitan kesihatan reproduktif yang positif dan selamat ditekankan sama ada melalui pendidikan formal di sekolah dan tidak formal di luar sekolah,” jelasnya, lapor Kosmo.

Pekerti babitkan tindakan bersepadu pelbagai kementerian melalui platform Majlis Sosial Negara

Perkara itu dijelaskan oleh Nancy bagi menjawab pertanyaan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) berhubung jumlah remaja hamil tanpa nikah mengikut umur, jantina serta bangsa dari 2019-2025.

Ujarnya lagi, pihak Pekerti juga membabitkan tindakan bersepadu pelbagai kementerian menerusi platform Majlis Sosial Negara.

Menurutnya program berkenaan merupakan salah satu program di peringkat institusi pengajian tinggi, meluaskan pelaksanaan diperingkat komuniti dan mempergiat aktiviti, promosi serta advokasi yang berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif serta sosial.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.