fbpx
Now Reading
SARA RM100 Untuk Semua Dikreditkan Hari Ini, Kategori Makanan Sejuk Beku Kini Ditambah

SARA RM100 Untuk Semua Dikreditkan Hari Ini, Kategori Makanan Sejuk Beku Kini Ditambah

SARA Untuk Semua RM100 ini boleh digunakan untuk pembelian keperluan asas sehingga 31 Disember 2026.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kerajaan hari ini (9 Feb) akan mula menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua kepada 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia dewasa membabitkan peruntukan RM2.2 bilion.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang ramai boleh memanfaatkan kredit one-off (secara sekali beri) RM100 SARA itu untuk membeli membeli barangan asas di lebih 10,000 kedai runcit dan pasar raya di semua daerah seluruh negara sehingga 31 Disember 2026.

Tambah beliau lagi, kerajaan juga bersetuju untuk menambah kategori makanan sejuk beku (frozen food).

Penambahan ini menjadikan terdapat 15 kategori barangan yang kini boleh dibeli dengan menggunakan kredit SARA.

“Sukacita diumumkan, Kerajaan bersetuju meluaskan kategori barangan SARA merangkumi makanan sejuk beku. Penglibatan kedai runcit kecil juga ditingkatkan kepada 10,000 menjelang akhir tahun, dengan jarak capaian kedai SARA dikurangkan dalam lingkungan 7 kilometer ketimbang 10 kilometer pada masa ini.

“Sekali lagi diingatkan bahawa, bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah. Maknanya, isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat (keseluruhan) RM400.

“Diharap ini dapat dibelanjakan sebaiknya bersempena menyambut Tahun Baharu Cina dan umat Islam mula menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadan,” kata Perdana ketika memberi ucapan di Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Putrajaya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.