Mercun Meletup Dalam Unit Apartmen Di Kajang, Disyaki Jadi Stor Penyimpanan [Video]
Kebakaran akibat letupan mercun tersebut membabitkan sebuah unit pangsapuri di tingkat lapan yang terletak di Persiaran Bangi Avenue, Selangor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Walaupun berbahaya, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang tetap mencari stok mercun dan bunga api lebih-lebih lagi apabila menjelang musim perayaan.
Dengan penarikan semula larangan penjualan dan bermain mercun sejak 2023, masyarakat tidak lagi dilarang untuk memiliki mercun.
Namun orang ramai diingatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan menyimpan mercun di tempat yang selamat serta bukanlah dalam kuantiti yang terlalu banyak bagi mengelakkan sebarang malapetaka daripada berlaku.
Baca Artikel Berkaitan: Hukum Bermain Mercun Sempena Aidilfitri
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Perjelas Kenapa Langit Meriah Dengan Percikan Bunga Api Pada Ahad Malam
Tular Mercun Meletup Di Dalam Unit Apartmen
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang menyaksikan satu insiden letupan mercun sehingga berlakunya kebakaran di dalam sebuah unit apartmen di Persiaran Bangi Avenue, Selangor.
Video itu dimuat naik oleh seorang individu dipercayai penduduk di blok berhampiran, di kompleks apartmen Residensi Adelia.
Letupan mercun dilihat sehingga terkeluar daripada balkoni unit berkenaan, sekali gus mendatangkan bahaya kepada penduduk lain di sana.
Menerusi video, dapat dilihat beberapa individu cuba untuk memadamkan letupan dan kebakaran yang berlaku dari bawah.
Pemilik video mendakwa bahawa penghuni menyimpan stok mercun di rumah dan ketika kejadian dia tiada di rumah.
View on Threads
Unit Apartmen Disyaki Dijadikan Stor Simpan Mercun
Memetik laporan Berita Harian, unit kediaman tersebut disyaki dijadikan stor penyimpanan bagi pelbagai jenis mercun.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, laporan kebakaran diterima pada jam 10.42 malam.
Sehubungan itu, anggota dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan Semenyih digegaskan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran terbabit.
Bilik Mengandungi Mercun Terbakar 80%
Mengulas lanjut, Ahmad Mukhlis berkata kebakaran membabitkan unit kediaman yang terletak di tingkat lapan dengan keluasan 1,200 kaki persegi.
“Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis apartmen yang berlaku di tingkat lapan dengan 80% terbakar di bahagian bilik yang mengandungi mercun.
“Api berjaya dikawal daripada terus merebak kira-kira jam 11.19 malam sebelum kerja memadam kebakaran dilakukan sepenuhnya,” katanya.
Tambah beliau lagi, kerja ‘overhaul’ dijalankan sebaik kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Baca Artikel Berkaitan: Main Mercun Tanpa Kebenaran Boleh Dipenjara & Denda – KPN
Baca Artikel Berkaitan: Main Mercun Selepas 12 Malam Boleh Kena Tindakan – PDRM
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Lori Diberkas Polis Selepas Tular Bakar Mercun Di Lebuhraya MRR2 [Video]



