fbpx
Now Reading
Impian Dapat Lesen Tak Kesampaian, Gadis Maut Ketika Jalani Ujian JPJ

Impian Dapat Lesen Tak Kesampaian, Gadis Maut Ketika Jalani Ujian JPJ

Sehubungan itu, keluarga mangsa berharap agar siasatan telus dan menyeluruh akan dijjalankan oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan yang berlaku ke atas mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Siapa sangka, hasrat seorang gadis yang mahu mendapatkan lesen motosikal tidak kesampian apabila dia maut pada hari mengambil ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Memetik Kosmo, Alesya Qaisara Ahmad Nazri maut selepas terlibat dalam satu kemalangan ketika menjalani ujian di sebuah sekolah memandu di Salak Tinggi, Sepang baru-baru ini.

Bercakap kepada Kosmo, kakak mangsa, Amylia berkata, dia menerima berita kemalangan itu apabila dimaklumkan oleh anak saudaranya menerusi panggilan video yang juga merupakan calon ujian memandu di tempat sama.

“Semasa (kejadian) itu, anak saudara saya sedang menunggu giliran untuk ujian memandu. Buat masa ini, yang kami tahu arwah adik mengalami kecederaan di kepala,” katanya.

Keluarga Harap Siasatan Dijalankan Untuk Kenal Pasti Punca Sebenar Kemalangan

Sehubungan itu, keluarga mangsa berharap agar siasatan telus dan menyeluruh akan dijjalankan oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan yang berlaku ke atas mangsa.

“Keluarga sedang menguruskan perkara ini melalui saluran rasmi dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan

“Kami juga sedang mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan kerana kami lambat dimaklumkan mengenai kejadian itu daripada pihak mereka,” katanya

Mangsa Tidak Sakit Sebelum Ditimpa Kemalangan

Amylia sebelum ini telah memuat naik hantaran di media sosial yang mendedahkan adiknya telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Khamis (5 Februari) lepas.

Menurutnya, motosikal yang dibawa oleh Alesya ketika menduduki ujian hilang kawalan sebelum adiknya maut di tempat kejadian.

Dia turut menegaskan bahawa mangsa tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sebelum ditimpa kemalangan.

Amylia yang meminta orang ramai agar mendoakan arwah, turut memaklumkan bahawa keluarganya masih tidak menerima sebarang pencerahan mengenai punca kejadian daripada pusat latihan memandu terbabit.

“Sehingga kini kami sekeluarga tiada dapat pencerahan dan tanggungjawab daripada pusat latihan memandu tersebut tentang punca kejadian. Mohon pembelaan buat adik saya,” katanya.

Dia turut berkongsikan beberapa video termasuk ketika berada di pusara Allahyarharmah.

@melamyyy.b

Assalamualaikum, buat yang mengenali adik bongsu saya yang baik yang cantik ni. Adik kandung saya, telah kembali kerahmatullah dan menghembuskan nafas terakhir pagi semalam. Adik takde sakit dan sedang menjalani ujian JPJ motor di IKMAS, Salak Tinggi Sepang.Motor yang dibawa ketika ujian hilang kawalan dan adik meninggal ditempat kejadian. Dengan rendah hati, mohon doakan untuk adik bongsu saya dan sedekahkan Al-Fatihah buat adik saya. Sehingga kini kami sekeluarga tiada dapat pencerahan & tanggungjawab daripada pusat latihan memandu tersebut tentang punca kejadian. Mohon pembelaan buat adik saya.

♬ original sound – tyraa🕊️
@melamyyy.b

Bukan tak redha dik, cuma alang terkilan. Bertapa cuai dorang. Adik menuntut ilmu kan sayang 💔

♬ original sound – Amy
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.