fbpx
Now Reading
Pendakwah & Ketua Jabatan Kewangan Direman Semula Oleh SPRM, Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

Pendakwah & Ketua Jabatan Kewangan Direman Semula Oleh SPRM, Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

Menurut sumber kepada BH, suspek seorang lelaki dan seorang wanita berusia 30-an ditahan semula kira-kira jam 6 petang semalam (5 Februari) di Pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani bagi membantu siasatan kes berasingan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seorang pendakwah bebas bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah di Kedah telah direman sekali lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki bersubahat menyeleweng dana dianggarkan RM1.3 juta.

Majistret Nur Amalina Abd Rahman mengeluarkan perintah reman selama tiga hari terhadap kedua-dua suspek selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar pada pagi tadi (6 Februari).

Kedua-dua suspek ditahan semula semalam kira-kira jam 6 petang

Menurut sumber yang dipetik Berita Harian, suspek seorang lelaki dan seorang wanita berusia 30-an ditahan semula kira-kira jam 6 petang semalam (5 Februari) di Pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani bagi membantu siasatan kes berasingan.

Katanya, mereka sebelum ini telah direman sehari selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Petani, namun telah dibebaskan jam 5 petang hari yang sama.

“Kedua-dua suspek, di mana pendakwah bebas terbabit yang juga Pengarah Urusan institusi pusat pendidikan dan dakwah di negeri ini direman untuk kali kedua kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta yang dimasukkan ke dalam akaun persendiriannya.

“Pada masa sama, siasatan turut mendapati kedua-dua suspek meluluskan pembayaran untuk pembelian rumah bernilai kira-kira RM500,000,” katanya.

Kedua-dua suspek direman sehari, disyaki salah guna kuasa luluskan RM600,000

Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan reman SPRM Kedah kerana disyaki menyalah guna kuasa meluluskan kira-kira RM600,000 sebagai alasan bayaran mengumpul dana sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah.

Majistret Noorfazlina Musa mengeluarkan perintah reman selama sehari terhadap kedua-dua suspek selepas permohonan dibuat SRPM di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini (5 Feb).

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek, masing-masing merupakan Pengarah Urusan Syarikat dan Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut sekitar September 2018.

“Suspek utama seorang lelaki dipercayai telah menyalahgunakan jawatannya telah bersubahat bersama suspek kedua, seorang wanita dengan meluluskan bayaran kira-kira RM600,000 kepada suspek utama sebagai bayaran pengumpul dana tanpa mendapat kelulusan daripada rakan kongsi yang lain,” katanya.

Tambah sumber, siasatan yang dijalankan SPRM Kedah dan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM telah bermula sejak Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah SRPM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.