KTM Perkenalkan Tren EMUPlus, Boleh Pergi Ipoh Dari KL Dengan Harga Serendah RM35!
Buat masa ini, perkhidmatan tren EMUPlus antara stesen KL Sentral dan Ipoh terhad bagi perjalanan pada 13-15 Februari dan 20-22 Februari sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi perjalanan antara Kuala Lumpur dan bandar Ipoh di Perak, antara pilihan mod pengangkutan awam adalah tren ETS yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Perjalanan tren di atas landasan bermakna penumpang dapat mengelakkan daripada tersekat dalam kesesakan jalan raya, lebih-lebih lagi ketika waktu puncak.
Namun kebiasaannya, kapasiti tren ETS tidak dapat memenuhi permintaan yang diterima khususnya setiap kali musim perayaan tiba.
Baca Artikel Berkaitan: “Setiap Tempat Duduk Ada Tab” – Wanita Reviu ETS Business Class Dari JB Ke KL [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ruang Rehat Eksklusif” – Influencer Kongsi Pengalaman Naik Tren ETS Koc Business Class [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Berbaloi Ke Hadap Trafik Berbelas Jam Semata-mata Nak Balik Raya Di Kampung?
KTMB Lancar EMUPlus, Tren Tambahan ETS KL Sentral-Ipoh
Terbaharu, KTMB telah melancarkan perkhidmatan tren EMUPlus yang menyediakan tren tambahan ETS bagi perjalanan antara stesen KL Sentral dan Ipoh.
Seperti mana tren KTM biasa, EMUPlus menawarkan konsep tempat duduk bebas atau ‘free seating’ buat para penumpangnya.
Walaupun tren EMUPlus mempunyai bahagian Koc Wanita sama seperti tren KTM lain, namun katanya ia tidak akan berkuat kuasa bagi perkhidmatan ini.
Kapasiti penumpang bagi tren EMUPlus bagaimanapun terhad kepada 300 sahaja bagi setiap perjalanan.
Harga Ditawarkan Serendah RM35 Sehala
Dengan harga ditawarkan serendah RM35 sehala, infrastruktur yang disediakan juga tidaklah secanggih tren ETS yang dikenakan caj lebih mahal.
Antara perbezaan tren EMUPlus dengan ETS ialah:
- Tempat duduk ‘free seating’ dan tidak boleh diselaras
- Tiada tandas
- Hanya makanan ringan yang dijual
- Soket kuasa yang terhad
Walaupun tiada tandas disediakan, tren EMUPlus akan singgah di stesen Sungkai atau Slim River sekitar 30 minit bagi ‘toilet break’.
Jadi para penumpang tidak perlu risau nak menahan diri sepanjang kira-kira tiga jam perjalanan!
4 Tren EMUPlus Beroperasi Setiap Hari Perkhidmatan
Buat masa ini, tarikh perkhidmatan terhad bagi perjalanan pada 13-15 Februari dan 20-22 Februari sahaja, iaitu hujung minggu sebelum dan selepas cuti sekolah.
Terdapat empat tren EMUPlus yang disediakan bagi setiap hari perkhimatan, dengan jadual perjalanan seperti berikut:

Kaedah pembelian tiket EMUPlus adalah sama seperti pembelian tiket tren ETS, iaitu menerusi aplikasi KITS Style atau secara dalam talian di laman web KTMB.
Orang ramai juga diingatkan agar tidak meletakkan beg atau bagasi di atas tempat duduk yang hanya disediakan bagi penumpang sahaja.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, memaklumkan bahawa tren ETS bakal beroperasi 24 jam ketika musim perayaan bermula Tahun Baru Cina pada Februari ini.




