fbpx

Nama ‘Dipetik’ Dalam Emel, PM Anwar Nafi Ada Kaitan Dengan Kes Epstein

Menurut Anwar Ibrahim, beliau tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas emel berkenaan terutamanya Epstein.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dirinya terlibat dalam kes Jeffrey Epstein selepas namanya muncul dalam satu emel yang terkandung dalam kumpulan fail terbaru didedahkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Dalam satu hantaran di laman Threads yang dimuat naik semalam (2 Februari), Anwar memaklumkan bahawa baru sekarang dirinya tahu ada pihak luar yang mahu bertemu dan menyebut namanya dalam emel melibatkan kes Epstein.

“Saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak terutamanya Epstein” – Anwar

Anwar memaklumkan bahawa beliau tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas emel berkenaan terutamanya Epstein.

“Baru hari ini saya tahu ada pihak luar yang mahu bertemu dan siap ‘petik’ nama saya dalam emel melibatkan kes Epstein.

“Alhamdulillah, dah belasan tahun seperti yang disebut dalam emel, dan saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas emel tu, terutama Epstein,” katanya sambil berseloroh ingin sambung berjalan-jalan di Johor Bahru.

View on Threads

Tular emel ingin atur pertemuan Anwar bersama Jes pada 2012

Sebelum ini, tular di media sosial satu hantaran yang mendedahkan tangkap layar emel Epstein bersama seorang individu bertarikh 21 Feb 2012 yang ada menyebut nama Anwar Ibrahim.

Dalam emel tersebut, individu yang namanya dipadam DOJ bertanya sama ada satu pertemuan patut diatur antara Anwar dan ‘Jes’ bagi meneliti potensi manfaat masa depan ‘JPM’.

‘JPM’ dipercayai merujuk kepada bank JP Morgan dan ‘Jes’ pula ialah ketua eksekutif pelaburan bank terbabit pada ketika itu iaitu Jes Staley.

“Patutkah kita aturkan pertemuan tertutup untuk Jes bersama Anwar? Jika beliau jadi perdana menteri Malaysia, beliau akan lakukan ‘pembersihan’ dan itu boleh jadi lubuk emas bagi JPM,” kata kenalan Epstein.

“Saya sangat kenal Anwar, sentiasa rapat dengannya bertahun-tahun walaupun semua orang kata beliau sudah tiada harapan dan tak mungkin kembali. Nampak berbeza sekarang,” tulis di dalam emel tersebut.

View on Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.